Sebelum ini, pernah viral mengenai inisiatif ‘Subuh Macam Jumaat’ yang dilakukan oleh penyanyi dan pengacara terkenal, Alif Satar. Difahamkan, usaha Alif Satar mengajak orang ramai untuk solat subuh berjemaah di masjid disambut baik oleh masyarakat kerana jumlah jemaah subuh semakin hari semakin ramai.
Baru-baru ini, Alif Satar sekali lagi membuatkan netizen kagum apabila dia mahu menganjurkan acara larian ataupun fun run selepas solat subuh berjemaah.
View this post on Instagram
Subuh berjemaah dulu baru berlari!
Dalam satu hantaran video yang dimuat naik oleh Alif Satar melalui Instagram, dia ketika itu sedang bersarapan bersama rakan-rakan termasuklah seorang pendakwah bebas yang juga pemilik pusat dakwah, Murtadha Dakwah Centre iaitu Ustaz Yaakub Yusra.
Alif berkata, pada tarikh 1 Januari 2024 akan diadakan acara larian ataupun fun run selepas menunaikan solat subuh berjemaah di Masjid Saidina Umar, Bukit Damansara.
Jom join kami, jemaah subuh.. kita akan adakan fun run.. kita akan bagi hadiah juga… Jemput datang.. Geng Subuh Macam Jumaat..
Artikel berkaitan: Buat Inisiatif ‘Geng Subuh Macam Jumaat’, Alif Satar Dipuji Netizen
Artikel berkaitan: “Semoga istiqamah” – Alif Satar Kongsi Tips ‘Second Rule’ Untuk Mudah Bangun Solat Subuh
Ada RM2000?
Dalam perbualan Alif Satar bersama Ustaz Yaakub Yusra, dia berkata akan menaja sebanyak RM1000 untuk larian itu. Lalu Alif Satar juga memberitahu dia juga akan support lagi RM1000 untuk acara tersebut. Jadi, jumlahnya adalah sebanyak RM2000.
Di ruangan komen, Alif Satar membalas komen seorang pengikutnya yang bertanyakan tentang jarak acara larian itu. Alif berkata jaraknya adalah sepanjang 5.25 kilometer.
Bukan itu sahaja, ramai lagi netizen yang kagum dengan cara Alif Satar menggunakan kelebihannya di media sosial untuk berdakwah kepada masyarakat.
Wah! Syoknya aktiviti macam ni.. bagus Ali Satar guna kelebihannya untuk sebarkan dakwah!
Sumber: Instagram