in

“Siap ada kereta Volkswagen”- Ramai Puji Dekorasi Raya Ala Suasana Kampung Di Pusat Beli Belah The Exchange TRX

Dekorasi Raya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila tibanya musim perayaan, memang ramai antara kita yang menunggu-nunggu untuk melihat dekorasi raya, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas di pusat beli-belah seluruh negara terutamanya di pusat beli belah terkemuka di Kuala Lumpur.

Pusat beli belah terbaru di KL, The Exhange TRX telah dipuji oleh warganet kerana dekorasi raya di mall tersebut yang cantik dengan konsep rumah kampung.


10 1 1

Sebuah rumah kampung telah dibina di dalam pusat beli belah itu dan lebih menarik, sebuah kereta Volkswagen lama dan motosikal vespa turut diletakkan di sekitar kawasan dekorasi itu sebagai hiasan untuk menggamit nostalgia menyambut raya di kampung halaman.

Artikel Berkaitan: Banyak Ibu Bapa Kena Kecam Bagi Anak Main ‘Air Pancut’ Di Mall Baru, Rupanya…

Artikel Berkaitan: Pavilion KL Mohon Maaf Kes Pokok Krismas Hempap Kepala Pelancong Singapura

Lebih menarik lagi, selain dekorasi raya yang menarik, pelbagai persembahan seperti tarian ghazal, kompang, zapin, silat, joget rakyat juga akan diadakan setiap hujung minggu sehingga 21 April ini sempena musim perayaan Aidilfitri ini.

@deqwang

Setakat ni TRX paling cun DEKO RAYA 2024 ?? #deqwangkongsi #trx #tunrazakexchange #dekoraya2024 #raya #decoration #decor #rayadecor #fyp #mall #kualalumpur #fypage #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #fypp

♬ Indahnya Beraya Di Desa – Azlina Aziz

Memang ada banyak spot yang cantik-cantik untuk korang bergambar.

Dekorasi Raya

Dekorasi Raya

Sumber: X @itshazmi, TikTok @deqwang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.