Berjaya membuatkan penonton berasa emosi, drama Andai Itu Takdirnya telah melabuhkan tirai semalam selepas 64 episod ditayangkan.
Pun begitu, pengakhiran drama adaptasi novel karya Siti Rosmizah ini telah membuatkan ramai tergamam apabila muncul satu watak yang turut menjadi fenomena dalam drama Melayu. Malah, watak itu juga dilakonkan oleh pelakon Shukri Yahaya sendiri!
Isteri kepada pelakon yang menjayakan watak Syed Aizril, Tya Adnan turut merakam reaksi Shukri menonton babak akhir drama itu.
View this post on Instagram
“Shukri-verse ke?”
Menerusi babak akhir drama tersebut, teksi yang dinaiki Aleeya, watak yang dilakonkan oleh Hannah Delisha hampir berlanggar dengan sebuah kereta di hadapan.
Pemandu kereta hadapan cuba meminta maaf kepada Aleeya, ramai terkejut apabila pemandu itu memperkenalkan dirinya sebagai Dr. Khuzairi, iaitu watak yang turut dimainkan oleh Shukri dalam drama lain.
Justeru, ramai yang berasa keliru dan tertanya-tanya dengan pengakhiran drama itu. Ada juga menduga, mungkin akan ada kolaborasi antara dua drama hebat ini, 7 Hari Mencintaiku dengan Andai Itu Takdirnya.
Selain itu, ada yang berseloroh pengakhiran drama ini sama seperti filem adiwira Marvel yang terkenal dengan dunia multiverse.
Namun, ada yang turut tidak berpuas hati dengan pengakhiran drama ini yang dianggap kurang menarik.
Pun begitu, menjengah ke Instagram Shukri, dia telah memuat naik gambar dua drama adaptasi novel ini dengan kapsyen “Syed Aizril signing off, welcome aboard Dr.”
View this post on Instagram
Adakah drama ini ada sambungannya?
Baca: “Diorang ni macam baru bercinta”- Syukri Yahaya Puji Isteri Masa IG Live, Sampai Merah Muka Tya