in

Shuhada Dakwa Hafidz Roshdi Lafaz Talak Dua Kali, Sekali Melalui Whatsapp

Collage 44

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi merupakan sebutan pengesahan lafaz cerai di antara pelakon Hafidz Roshdi dan isterinya Nurul Shuhada Shukri di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Ketika prosiding berlangsung, Shuhada mendakwa bahawa suaminya itu pernah melafazkan talak terhadapnya sebanyak dua kali dan kali pertama adalah melalui WhatsApp pada 22 Januari.


Menurut mStar, perkara ini dimaklumkan Shuhada dalam penyata pembelaan yang difailkan pada Isnin semalam sehari sebelum prosiding pengesahan lafaz cerai yang dibuat oleh Hafidz selaku defendan menerusi panggilan telefon pada 22 Februari lalu.

Ekoran ini, peguam yang mewakili Hafidz, Datuk Akberdin Adul Kadir telah memohon agar mahkamah memberikan satu tarikh lain untuk pihaknya menjawab tuntutan balas berhubung isu lafaz cerai pada 22 Januari tersebut.

Resepsi Hr 7

Kami baru terima semalam salinan penyata pembelaan bersama tuntutan balas. Namun pihak kami terkejut apabila melihat kandungan tuntutan balas kononya Hafidz ada melafazkan cerai lebih awal iaitu 22 Januari lalu.

“Sedangkan dalam permohonan cerai hari ini, lafaz itu dibuat pada 22 Februari. Ini bermakna sebelum 22 Februari ada lagi talak dilafaz terhadap Shuhada. Oleh itu pihak kami mohon tarikh baru untuk menjawab tuntutan balas itu.”

Hakim Syarie, Siti Rahman Hussin bersetuju untuk menangguhkan prosiding pada 9 Mei depan.

Sebelum ini, Hafidz turut didakwa dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu atas pertuduhan menumbuk pipi Shuhada sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Hulu Selangor.

 

Baca: “Rasa sayang tu 50-50” – Hafidz Roshdi Jawab Kemungkinan Bersatu Semula Dengan Isteri
Hafidz Roshdi 50 50

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.