in

“Show tu bukan show kau” – Kak Lina Pom Pom Kesal Ada Pihak Anggap Kolaborasi Sebagai Persaingan

ft kak lina sindir orang shaking

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon, penyanyi dan pengacara, Elly Mazlein meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pihak yang menganggap bekerjasama dengannya adalah satu persaingan.

Jelas Elly atau lebih mesra dengan gelaran Kak Lina Pom Pom itu, perbincangan dalam kerja berpasukan haruslah dibuat jika ingin menjayakan sesuatu.


Artikel berkaitan : “Sila tag Kak KM apa ntah nama dia” – Kak Lina Pom Pom Respon Kenapa Tutup Muka Anak

Artikel berkaitan : “Kak Lina mohon maaf” –  Selepas 4 Minggu, Astro Umum Elly Mazlein Undur Diri Dari Gegar Vaganza

“Sepatutnya kita boleh berbincang, tu sebabnya kita kena ada script reading, kita duduk sama-sama dan kita berbincang apa nak buat, jangan syok sendiri dik, sebab show tu bukan show kau.”

Pesan Kak Lina buat segelintir pihak itu agar sentiasa ingat baawa sesuatu program itu bukanlah hak miliknya, tetapi milik syarikat produksi.

@remaja.my

Hos dan penyanyi popular, Elly Mazlein kesal dengan sikap sesetengah pihak yang menganggap dirinya sebagai pesaing dalam industri seni. Apa pun, Remaja ucapkan tahniah buat Kak Lina @iamellymazlein atas pelancaran single terbaharu berjudul Sayap?️ Yang penting kak Lina tetap nooo syatu! ? #majalahremaja #remaja #remajamalaysia

♬ original sound – Remaja – Remaja

“Kita diberikan peluang untuk mengendalikan show bermakna, kita ada kerja, bila kita ada kerja, kita buat sebaik mungkin. Jangan kita buat macam rancangan tu kita punya, kita syok sendiri. Bila kita syok sendiri, sesuka hati kita buat sampai menganiaya orang lain.”

Nasihatnya lagi, pihak tersebut tidak perlu rasa tercabar kerana setiap individu yang terlibat termasuk dirinya mahu mencari rezeki bukannya pencabar.

“Tak perlu nak shaking-shaking dengan Kak Lina, kita nak buat bersama. Macam Kak Lina buat dengan Rina Nose, berjaya, sebab kita ikhlas nak buat kerja sebab nak cari rezeki lagi dan kita tahu bahawa ini adalah tanggungjawab yang diberikan kepada kita. Kak Lina seorang yang simple, kalau nak bergaduh-gaduh pasal rezeki Kak Lina akan keluar.”

Bagaimanapun, Kak Lina dilihat enggan mendedahkan pihak yang dimaksudnya olehnya itu, cuma dia berpesan agar tidak perlu rasa tercabar apabila digandingkan bersamanya kerana baginya adalah lebih baik jika bersatu.

Sumber : Remaja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.