in

“Setiap hari menangis dan skrg masih menangis lagi” – Baru 10 Bulan Ashraf Pergi, BCL Dah Ditanya Pasal Kahwin Lain

Ft Bcl 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bunga Citra Lestari sudah mula dihujani soalan tentang kahwin lagi selepas pemergian suami tercinta, Ashraf Sinclair pada Februari lepas. Terbaru, BCL ditanya oleh rakan artis sendiri iaitu Maia Estianty namun dia akui masih memerlukan waktu untuk mengubati rasa rindunya dan perlu mencari semangat baru selepas kehilangan Ashraf.


Bcl 1

Menurut Hot Detik, BCL akui perasaan rindu terhadap arwah Ashraf masih belum hilang dan dia perlu pulihkan dirinya terlebih dahulu.

Dari awal saya perlukan terapi, konsultasi untuk memulihkan diri. Setiap hari menangis dan sekarang masih menangis lagi. Tapi sekarang ini sudah boleh melakukan aktiviti kembali.”

Selepas keluarkan lagu (12 Tahun Terindah) itu, lima enam bulan kemudian baru saya boleh melakukan sesuatu.”

Melalui video di saluran Youtube itu, Maia bertanya kepada Bunga sama ada dia sudah bersedia untuk mencari pengganti dan kembali mempunyai seorang suami di sisi. Tanya Maia,

Kamu ada keinginan untuk bernikah lagi tak?”

Bcl5

Sambil memberikan reaksi tubuh dengan menggelengkan kepala, BCL menjawab,

Sekarang?”

Maia kemudian berkata,

“Belum ya? Belum! Tak apa, yang penting kamu berjaya dan semangat ya!”

Pada 18 Februari 2020, Ashraf Sinclair dilaporkan meninggal dunia dan jenazahnya telah dikebumikan di San Diego hills, Karawang, Jawa Barat.

Dorang ni pun, bagilah masa dan ruang. Tak menyabor sangat nak tanya.

Baca: “Nanti jadi ikutan ramai orang” – BCL Kena Tegur Dengan Doktor Sebab ‘Memandai’ Buat Swab Test Sendiri Dekat Kawan

Ft Bcl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.