in

“Setelah beberapa lama, saya mula menaruh perasaan” – Lelaki Mengaku Dah Minta Izin Untuk Kahwini Yaya, Tapi…

Minta Izin

Rasanya by now semua dah tahu pasal kes seorang usahawan OKU didakwa merampas suami rakan baiknya. Kisah ini mula viral selepas wanita itu, Suhana Hamzah atau Hanna sendiri mendedahkan cerita tersebut di media sosial sehingga mendapat perhatian si empunya badan, Haziyah Nurul Huda atau mesra dipanggil Yaya.

Yaya1
sumber: instagram

Bukan itu saja, suami kepada Hanna, Mahyudin Noral Azhar, 35, turut tampil dan akhirnya membuka mulut tentang kemelut rumah tangganya yang kini jadi bualan ramai orang di Malaysia.

 

Mula menaruh perasaan bila tengok Yaya rapat dengan isteri

Saya mula menaruh perasaan untuk memperisterikan beliau (Yaya) atas sebab memperlihatkan keakraban di antara mereka berdua yang sangat rapat.”

Menurut Harian Metro, Mahyudin mengaku berkawan rapat dengan Yaya dan mahu memperisterikannya, namun tidak dipersetujui oleh Hanna.

 

Selesa melihat keikhlasan Yaya

Mahyudin berasa selesa apabila melihat keikhlasan Yaya yang banyak membantu menaikkan perniagaannya menyebabkan dia berhasrat untuk mengahwini wanita itu.

Yaya2
sumber: instagram

Saya akui setelah mengenali beliau (Yaya) beberapa tahun lepas bagi mengendalikan perniagaan bersama. Setelah beberapa lama mengenali beliau, saya mula menaruh perasaan untuk memperisterikan beliau.”

 

 

Dah minta izin isteri, tapi…

Kata Mahyudin, atas beberapa sebab termasuklah hasutan orang sekeliling, Hanna tidak bersetuju untuk dimadukan. Tapi, dia menafikan tetap meneruskan perkahwinan bersama Yaya seperti yang ditularkan.

Saya telah meminta keizinan beliau (isteri) untuk memperisterikan Yaya dan atas dasar beberapa sebab yang berlaku, termasuklah hasutan orang sekeliling, beliau tidak membenarkan kami untuk disatukan.”

Isteri1
sumber: instagram

Oleh demikian saya juga tidak melakukan sebarang perkahwinan seperti yang diviralkan.”

 

Masih suami isteri, berita penceraian tak benar

Pasangan itu masih suami isteri dan kenyataan yang dikeluarkan berkaitan penceraian mereka tidak benar sama sekali. Kata Mahyudin,

Untuk makluman, saya dan juga isteri masih sah dalam ikatan sebagai suami isteri. Bagi kenyataan berkaitan perceraian kami, itu adalah tidak benar.”

Isteri
sumber: facebook

Sebagai suami, tanggungjawab saya terhadap beliau sama sekali tidak pernah diabaikan sama juga terhadap anak.”

Bagi isu saya memukul atau mengabaikan beliau (isteri) adalah tidak benar sama sekali, saya masih melayan beliau sama. Saya tidak mengabaikan mana-mana tanggungjawab dari segi zahir dan batin.”

 

Masih sayang dengan isteri

Saya masih menyayangi beliau dan tidak terlintas untuk melepaskan beliau seperti mana yang diviralkan.”

Mahyudin juga memohon maaf jika ada pihak yang mungkin terasa hati atau jika isu ini menjatuhkan imej pihak berkaitan. Dia juga mohon agar netizen berhenti memperbesarkan atau masuk campur urusan rumah tangganya dan Hanna.

assalamualaikum.. setelah hampir 3 bulan saya deactivate fb.. hari ni saya terpaksa aktivkan kembali fb disebabkan…

Posted by Baa Azhar on Wednesday, January 8, 2020

Doa yang baik baik saja untuk mereka…

Baca: “Saya di pihak yang benar” – Yaya Nafi Kahwin di Siam, Tapi Isteri Teraniaya Pula Kata Dia Ada Bukti ‘Kawan Baik’ Curang Dengan Suami?

Curang Yaya Hanna