in

“Sesuai kalau orang berdendam”- Pertandingan Menampar Di Rusia, Ada Bran Nak Join?

Feature 2 5 E1619322400135

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau anda dah bosan asyik sertai pertandingan yang sama setiap tahun, kali ini kami nak kongsikan satu pertandingan yang lebih ekstrem dan mencabar.

Dianjurkan di negara Rusia, Male Slapping Championships atau pertandingan menampar lawan ini difahamkan telah dijadikan acara tahunan. Menurut Vice, pertandingan menampar ini disertai oleh lelaki-lelaki di Rusia ketika festival sukan Siberia Power Show diadakan di Krasnoyarsk, Rusia.


Tampar 1

Antara acara lain yang dianjurkan ketika festival sukan ni adalah bina badan, angkat berat, menari dan pertandingan makan dumpling. Idea pertandingan menampar ini datang secara spontan ketika pihak penganjur tengah perah otak fikir idea untuk acara terbaru.

Untuk join pun senang je sebab peraturannya pun sangat simple. Dua peserta lelaki akan berdiri menghadap lawan masing-masing dan mereka akan bergilir-gilir untuk menampar satu sama lain sehingga salah seorang mengalah.

Namun, menurut KTVQ.com, peserta hanya dibenarkan untuk menampar lawan di kawasan muka iaitu pipi manakala bahagian telinga dan rahang tidak boleh disentuh atau dicederakan sama sekali.

Tampar 2

Manakala, hanya bahagian atas tapak tangan sahaja yang boleh digunakan untuk menampar lawan sebab kalau guna keseluruhan tapak tangan, tak pasal-pasal pula lawan kita tu cedera teruk.

Sesiapa sahaja boleh sertai pertandingan ini, namun mereka kena faham yang pertandingan ni juga berisiko tinggi untuk mendapat kecederaan. Sebelum pertandingan bermula, kami akan menjelaskan kepada semua tentang syarat dan peraturan dan akan ada juri yang akan menilai semua peserta,” kata penganjurnya, Denis Kiyutsin dalam kenyataan kepada laman web KTVQ.com.

Jika peserta mengelak tamparan, mereka juga boleh digugurkan dari pertandingan. Jika ada yang tercedera pula, jangan risau sebab pasukan perubatan dah standby untuk bantu peserta.

Tetiba telinga ni macam berdesing pulak tengok penampar peserta-peserta ni. 

Sumber: ktvq.com, Vice, Facebook Dmitry Kotov 

Baca: The Space Out: Pertandingan Tanpa Buat Apa-Apa Di Korea Selatan

Compete

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.