in

Sesiapa Miliki Jam Tangan Swatch ‘Pelangi’ Bakal Berdepan Penjara Atau Denda Sehingga RM20,000 – KDN

jam swatch lgbt haram

Mei lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyerbu 11 butik jam tangan jenama Swatch di beberapa negeri dan merampas koleksi berunsur ‘pelangi’ yang dikaitkan dengan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Terkini, KDN telah mewartakan perintah larangan penerbitan berkaitan LGBT yang terdapat pada jam tangan jenama terbabit.

Dalam kenyataan KDN, pihaknya memaklumkan menerusi Warta Kerajaan P.U.(A) 236 bertarikh 10 Ogos, menjelaskan pewartaan perintah larangan itu selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

Screenshot 2023 08 11 161042

Peruntukan itu menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan berkenaan adalah dilarang secara mutlak di Malaysia.

“Kerajaan Malaysia komited untuk menghentikan penyebaran unsur-unsur yang boleh memudaratkan moral, serta kepentingan orang ramai dan negara, dalam masyarakat,” kata KDN.

Menurut KDN, produk Swatch terbabit diharamkan kerana ia penerbitan berbahaya dengan mempromosi, menyokong dan menormalisasikan gerakan LGBT, yang tidak diterima oleh masyarakat Malaysia.

“Adalah diingatkan bahawa berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984 (Pindaan) 2012, individu yang mencetak, mengimport, mengeluarkan, mengeluarkan semula, menerbitkan dan menjual, apabila sabit kesalahan, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.”

“Kesalahan itu termasuk mengeluarkan, mengedar, menawarkan untuk menjual, mengedar atau memiliki untuk sebarang tujuan sedemikian dan mana-mana penerbitan yang dilarang,” jelasnya.


Terdahulu, Swatch Malaysia memfailkan saman terhadap kerajaan susulan serbuan rampasan jam tangan terbabit.

Swatch juga merasakan pegawai tidak mempunyai kuasa untuk memasuki butik untuk merampas jam tersebut.

Sumber: Berita Harian

Baca: 172 Jam Tangan Berunsur ‘Pelangi’ Dirampas, Swatch Fail Saman Terhadap Kerajaan
swatch saman kerajaan