in

“Seronok prank orang ni” – [VIDEO] Mampu Tiru Bunyi Nada Dering iPhone, Burung Ini Jadi Tumpuan Netizen

F2 Iphone Parrot

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seekor burung berwarna merah baru-baru ini telah menjadi tumpuan netizen di Instagram setelah videonya meniru bunyi nada dering iPhone telah tular di laman sosial itu.


Gelagat burung yang diberi nama Gucci itu dipercayai telah dirakamkan oleh tuannya sebelum dikongsikan di akaun Instagram Viral Hog, lapor Unilad UK.

Iphone Parrot 2

Sekali dengar, memang kita akan ingat bahawa bunyi tersebut terhasil daripada panggilan telefon sebab memang sebijik betul!

Untuk pengetahuan semua, Gucci merupakan seekor burung nuri dari spesies Eclectus parrot dan burung ini memang selalu menjadi pilihan manusia untuk dijadikan haiwan peliharaan.

Namun, tidak dapat dipastikan bagaimana burung ini dapat memiliki bakat meniru bunyi nada dering itu. Mungkin ia diajar oleh tuannya atau mungkin juga ia selalu dengar bunyi ringtone telefon bimbit tuannya secara tak sengaja.

Iphone Carrot 4

Burung jenis ini sememangnya terkenal dengan kebolehannya yang mampu meniru sebarang bunyi yang dekat dengannya kerana ada sesetengah burung seperti ini dikatakan mempunyai tahap kepintaran sama seperti kanak-kanak umur lima tahun, lapor Mental Floss.

Mesti tetamu yang datang ke rumah tuan burung ni confused, bunyi macam ada orang telefon padahal telefon dah dalam silent mode. 

Sumber: Unilad UK, Instagram Viral Hog

Baca: Boleh Keluarkan Suara Tangisan Bayi, Kenali Spesies Burung Lyrebird Yang Pandai Tiru Pelbagai Jenis Bunyi

Iphone Parrot 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.