in

Boleh Keluarkan Suara Tangisan Bayi, Kenali Spesies Burung Lyrebird Yang Pandai Tiru Pelbagai Jenis Bunyi

F2 Burung Lyre

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selama ini, kita cuma tahu tentang burung kakak tua je yang boleh mengajuk percakapan manusia. Namun, baru-baru ini, netizen di Twitter dikejutkan dengan seekor burung di sebuah zoo di Australia yang mampu mengeluarkan bunyi seperti tangisan bayi!


Menurut The Guardian, burung tersebut yang merupakan spesies Lyrebird itu telah menarik perhatian netizen setelah video burung tu meniru tangisan bayi dikongsikan di Twitter Taronga Zoo. Bunyi tangisan bayi yang dikeluarkan oleh burung itu sempat dirakam oleh penjaga zoo yang dikenali sebagai Sam.

Difahamkan, spesies burung ini memang ada kebolehan untuk meniru atau mimik bunyi-bunyian yang sering didengari di sekelilingnya. Burung Lyrebird jantan yang diberi nama Echo itu juga dikatakan boleh tiru bunyi penggera kebakaran di zoo berkenaan dan juga bunyi power drill.

Lyrebird 2

Leanne Golebiowski yang merupakan penyelia burung di zoo berkenaan berkata, Echo mula meniru bunyi tangisan sejak setahun lalu.

Mungkin dia belajar bunyi tersebut daripada pengunjung yang datang ke sini,” katanya.

Dr Alex Maisey dari Universiti La Trobe pula menjelaskan bahawa lyrebird jantan ini berkebolehan untuk meniru pelbagai jenis bunyi sebagai salah satu cara ia mahu memikat pasangan.

Lyrebird 3

Manakala, lyrebird betina pula dipercayai mampu meniru bunyi-bunyian seperti haiwan pemangsa  untuk menjaga sarang mereka.

Ini kalau dengar bunyi ni pada waktu malam dalam hutan, memang berdesup lari tak cukup tanah. Sebijik betul macam suara baby menangis! 

Sumber: The Guardian, Twitter Taronga Zoo 

Baca: Pelik Betul, Burung Di Kampus Ini Hanya ‘Serang’ Lelaki Sahaja

Lyrebird 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.