in

“Serious merdu gila, we need more!” – [VIDEO] Netizen Terpukau Dengar Suara Hannah Delisha & Raysha Rizrose Nyanyi Medley AJL35

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan pandemik Covid-19, tayangan Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) pada tahun ini terpaksa ditangguhkan berkali-kali kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bagaimanapun, AJL35 yang sepatutnya berlangsung pada 7 Februari lepas dijadualkan akan bersiaran secara langsung pada 14 Mac depan.


Menurut mStar, program terbabit diteruskan selepas pihak Media Prima Berhad & Primeworks Studios mendapat kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sudah tentu ramai peminat tidak sabar untuk menyaksikan persembahan finalis kegemaran masing-masing untuk merebut gelaran Juara Lagu.

 

“Serious merdu, we need more”

Semalam, Valient Music telah memuat naik sebuah video Medley AJL35 nyanyian Azmi Saat, Hannah Delisha, Raysha Rizrose dan Dean Eiman di Youtube.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat lebih 366,000 tontonan dan rata-ratanya terpukau dan tak sangka dua pelakon wanita tersebut boleh menyanyi dengan baik.

 

“Nak full version Gila by Hannah, Semalam by Raysha”

Persembahan produced and arranged by Azmi Saat itu menunjukkan mereka berempat-empat bergilir menyanyikan lagu-lagu finalis AJL35. Difahamkan, idea dan konsep persembahan medley itu datang daripada Hannah Delisha dan ramai netizen yang terkejut dengan bakat nyanyian dimilikinya dan Raysha.

Melalui video berdurasi 6 minit 24 saat itu, Hannah dan Raysha masing-masing ada menyanyikan lagu secara solo. Hannah menyanyi lagu Gila manakala Raysha pula lagu Semalam nyanyian asal Aina Abdul.

Rata-rata komen netizen di video tersebut menyukai nyanyian mereka itu dan meminta agar Hannah dan adik Nelydia Senrose itu buat full version lagu tersebut.

Netizen turut memuji mereka yang bukan saja ada bakat dalam bidang lakonan tetapi rupa-rupanya turut berbakat dalam nyanyian dan memiliki suara yang merdu.

 

“Azmi Saat tak pernah tak jadi, Dean suara serak”

Selain itu mereka turut memuji Dean yang memiliki suara serak basah serta mencuba sehabis baik dalam menyanyikan lagu. Tidak lupa juga Azmi Saat yang menurut netizen sememangnya berbakat dan tidak mengecewakan.

Beberapa orang berpendapat bahawa nyanyian medley mereka berempat itu adalah yang terbaik pernah didengari dan arrangement yang dibuat adalah antara yang paling ‘smooth‘.

 

Baca: “Saya nak offer diri…” – Adibah Noor Tawar Diri Jadi Cikgu English di DidikTV, Ramai Netizen Teruja & Setuju!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.