in

“Sepanjang jalan bau bunga kubur” – Wanita Kongsi Pengalaman Seram ‘Stay’ Di Villa Berkonsepkan Kampung di Terengganu

Villa Di Terengganu Seram Tiktok Viral

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak sempadan daerah dibuka, ramai di kalangan kita mengambil kesempatan untuk bercuti ke sana sini walaupun hanya sekadar di dalam negeri sendiri saja.

Setelah sekian lama tak bercuti, korang pun faham-faham lah kan keadaan tempat peranginan yang dah lama tidak berpenghuni tu. Pastinya ada kisah-kisah seram seperti yang dikongsikan pengguna TikTok @lisa_z0110 ini.


 

Duduk 5 jam sahaja sebelum buat keputusan untuk pulang

Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan sebuah tempat peranginan di Terengganu yang sangat cantik kerana ia berkonsepkan rumah kampung Melayu lama.

Suasana di setiap villa juga nampak tenang serta tempat ini juga dilihat lengkap dengan pool serta kerusi berehat, di samping kawasan sekeliling juga dihiasi dengan pokok bunga Kemboja. Ermm ini bukan bunga kat kubur ke? 

https://www.tiktok.com/@lisa_z0110/video/7012417747652988187?_d=secCgYIASAHKAESPgo8gLAoRRgb%2FJxBnv2ex9%2FyGBEoa0zy8oeaMKLmXRhbZqZ06THcI6tO1FOvLr5Dx%2BMGV7q1%2FYlE43zCp%2F5pGgA%3D&checksum=adb1db84995dd86ba8946401cfe7164846dbc239862933712ec4985af905b676&language=en&mid=6925878720657901569&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAoyoR-rrYKr-_cTmKwW2AizJ3FQgbc2J7zSTWXVsVyRaiXOEnuRy0ePPjFIA8DbJ4&share_app_id=1180&share_item_id=7012417747652988187&share_link_id=4DC1E2E7-4515-44D8-9CFF-C687BFFA0676&source=h5_t&timestamp=1632924347&tt_from=copy&u_code=db8b9je91ff796&user_id=6801629490906334209&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=copy&_r=1&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Pun begitu yang menjadi persoalannya mengapa pengunjung ini mengatakan suasana di kawasan itu agak seram serta mereka hanya tinggal di sana selama 5 jam sahaja?

Kami duduk hanya 5 jam dan buat keputusan untuk balik,” tulisnya di kapsyen.

 

“Memang cantik, classic but semua tempat ada penunggu kan” 

Disebabkan ramai yang bertanya apakah pengalaman seram yang dialaminya, akhirnya pemilik video ini memuat naik lagi satu video TikTok terbaru untuk menjelaskan kepada semua.

Menurut Lisa, dia bersama keluarganya tiba di tempat tersebut sekitar jam dua pagi dan disambut oleh seorang pakcik yang juga pekerja di villa berkenaan.

Sepanjang perjalanan dari resepsi ke bilik (villa yang mereka tinggal), Lisa mengakui dia dapat bau bunga kubur atau bunga Kemboja yang sangat kuat.

Sepanjang-panjang jalan bau bunga kubur yang wangi sangat. 

“I dah seram-seram sebab tengok rumah-rumah lama dia tu. Takut kot tetiba terpacul kat situ,” katanya.

Rumah Lama Villa

Apabila tiba di bilik, Lisa agak terpegun melihat katil yang digunakan seperti zaman istana dahulu. Namun kejadian seram itu bermula sebaik saja dia ingin melelapkan mata.

“Pukul 3 macam tu I dah start dengan bunyi kat luar, bunyi kat dinding… dia cakar-cakar. Ya Allah takut! 

“I memang tak boleh lelap okay, sampai ke Subuh,” ceritanya lagi.

Menjelang pagi, Lisa mengakui suasana kurang seram sedikit dan pergi berjalan-jalan di kawasan sekitar villa. Namun ketika dia sedang seronok ‘explore’ kawasan sekeliling, tiba-tiba suaminya panggil untuk berangkat pulang. Aik kenapa pulak tu?

Menurut Lisa, suaminya terjumpa dengan kulit ular. Tanpa berlengah lagi mereka pun terus cepat-cepat packing dan check out dari villa tersebut.

https://www.tiktok.com/@lisa_z0110/video/7012823521508347162?_d=secCgYIASAHKAESPgo8gLAoRRgb%2FJxBnv2ex9%2FyGBEoa0zy8oeaMKLmXRhbZqZ06THcI6tO1FOvLr5Dx%2BMGV7q1%2FYlE43zCp%2F5pGgA%3D&checksum=adb1db84995dd86ba8946401cfe7164846dbc239862933712ec4985af905b676&language=en&mid=6925878720657901569&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAoyoR-rrYKr-_cTmKwW2AizJ3FQgbc2J7zSTWXVsVyRaiXOEnuRy0ePPjFIA8DbJ4&share_app_id=1180&share_item_id=7012417747652988187&share_link_id=4DC1E2E7-4515-44D8-9CFF-C687BFFA0676&source=h5_t&timestamp=1632924347&tt_from=copy&u_code=db8b9je91ff796&user_id=6801629490906334209&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=copy&_r=1&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&lang=en

 

“Ini bukan kampung vibe, ni niyang rapik vibe”  

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut juga bersetuju tempat itu kelihatan agak seram mungkin kerana rumah kayu yang dibina nampak sedikit usang serta kawasan sekeliling yang dihiasi bunga kemboja.

Walau bagaimanapun, ada juga berfikiran positif dan menganggap gangguan yang dialami wanita itu bukanlah hantu tapi keadaan rumah kayu yang mengembang dan mengecut pada waktu malam.

Situasi tersebut mungkin beri effect bunyi orang berjalan dan lain-lain.

Cantik Kampung Vibe Villa In Terengganu

Nanti dah ramai orang datang villa ni admin rasa dah tak seram dah. Nampak cantik sangat konsep rumah kampung tu. 

Baca: “Berani dia sorang2” – [VIDEO] Seram! Laki Terserempak Kelibat ‘Rambut Panjang’ Lepas Balik Memancing

Casting

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.