in

Seorang Remaja Maut Akibat Terkena Renjatan Elektrik Ketika Cas Telefon Di Soket Dalam Bas

Renjatan Elektrik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut akibat terkena renjatan elektrik ketika mangsa sedang mengecas telefon pintar pada soket yang disediakan dalam sebuah bas ekspres ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Terminal Bas Penang Sentral pada petang Jumaat lalu.

Memetik laporan Harian Metro, mangsa, Nur Asymawi Jasmadi mengalami kecederaan di mana jari tangan kirinya melecur.


Difahamkan, kejadian itu disedari oleh penumpang lain yang melihat mangsa tiba-tiba menjerit dan mulutnya pula berbuih.

Penumpang lain kemudiannya memberitahu kepada pemandu bas tentang keadaan mangsa.

Artikel Berkaitan: Anak Maut Akibat Renjatan Elektrik Di Asrama, Bapa Tuntut RM3 Juta Dari Universiti

Artikel berkaitan: Banjir Kelantan: 3 Beradik Maut Terkena Renjatan Elektrik

Ambulans terus dihubungi oleh pemandu bas untuk membantu mangsa mendapatkan rawatan awal namun pihak ambulans yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Siasatan awal mendapati bahawa mangsa terkena renjatan elektrik kerana telefon bimbit mangsa berada dalam keadaan panas manakala penghujung kabel pengecas pula cair.

1 1

Pihak polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut dan mangsa disahkan meninggal dunia akibat renjatan elektrik dan tiada kecederaan lain selepas dibedah siasat.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.