in

Seorang Banduan Penjara Sg Buloh Positif Covid-19, 700 Kakitangan & 800 Tahanan Penjara Disaring!

Feat 2

Apa lagi alasan untuk tidak #StayAtHome.

Terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan seorang banduan yang ditahan di Penjara Sungai Buloh positif Covid-19.

Banduan terbabit dilaporkan bukan seorang warganegara dan berada di penjara tersebut sejak 2016 sebelum dimasukkan semula pada 13 Mac lalu, kini didapati positif Covid-19, lapor Sinar.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah susulan itu semua kontak rapat banduan tersebut akan disaring termasuk kakitangan dan tahanan lain.

Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Gombak akan melakukan saringan bukan sahaja terhadap kontak rapat banduan terbabit malah termasuk 700 kakitangan dan juga 800 tahan di Penjara Sungai Buloh.

1 2

“Jadi ini merupakan proses tindakan kita sekiranya ada individu yang dikesan positif Covid-19 di mana kita akan terus melaksanakan pengesanan kepada mereka yang terdedah kepada banduan tersebut termasuk kakitangan dan saringan sedang dijalankan,”

Beliau berkata banduan tersebut telah dipindahkan ke Depoh Tahanan Imigresen Semenyih.

 

Baca : Kematian Covid-19 libatkan perokok lebih tinggi- Perokok Lebih Berisiko Terdedah Jangkitan Covid-19

Feat 1