in

“Kematian Covid-19 libatkan perokok lebih tinggi”- Perokok Lebih Berisiko Terdedah Jangkitan Covid-19

Feat 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Analisa mendapati kes kematian Covid-19 yang tidak mempunyai sejarah penyakit kronik tetapi merokok adalah lebih tinggi iaitu sebanyak 17.6% berbanding bukan perokok iaitu 12.1%.


Justeru itu Kementerian Kesihatan Malaysia meminta perokok untuk berhenti daripada tabiat tersebut kerana ia berupaya meningkatkan risiko jangkitan bakteria virus semasa berdepan Covid-19 ini, lapor Malaysia Gazette.

Ketua Pengarah, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam kenyataan dikeluarkan WHO baru-baru ini menjelaskan bahawa golongan perokok boleh berdepan komplikasi risiko lebih teruk sekiranya dijangkiti Covid-19, berdasarkan kajian yang dilakukan di luar negara.

81030F5Ece57B763E9B4Bd349C167743

Covid-19 adalah penyakit berjangkit yang menyerang terutamanya paru-paru. Merokok merosakkan fungsi paru-paru, justeru menjadikan badan kita lebih sukar untuk melawan Coronavirus dan penyakit- penyakit lain,” – Dr Noor Hisham

Beliau berkata berdasarkan tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS 2019), prevalen rakyat di negara ini yang menghidap darah tinggi adalah 30 peratus manakala kencing manis sebanyak 18.3 peratus.

630459

Katanya golongan tersebut berisiko mendapat komplikasi teruk sekiranya dijangkiti, bayangkan jika ditambah dengan amalan merokok.

“Memandangkan 21.3 peratus rakyat Malaysia dianggarkan merokok, maka mereka lebih terdedah kepada risiko komplikasi Covid-19 berbanding mereka yang tidak merokok.”

 

Renung-renungkan…

Baca : TIADA RISIKO, Pesakit Covid-19 Tanpa Gejala Tak Boleh Jangkiti Orang Lain – Dr Hisham

Collage 1

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.