Sonny Bill Williams ialah nama yang tidak asing dalam arena ragbi dunia. Pemain ragbi yang masih menyarung jersi All Blacks ini adalah seorang yang beragama Islam. Tidak berlindung disebalik tirai, Sonny Bill sering mempamerkan secara terbuka agama yang dianutinya kepada umum.
Kita semua terkesan dengan peristiwa berdarah di Christchurch, New Zealand baru-baru ini, termasuklah Sonny Bill Williams sendiri. Ikuti reaksi beliau dalam video berdurasi 1 minit 4 saat di akaun Twitter miliknya yang dimuat naik beberapa jam selepas tragedi berdarah itu berlaku.
Doa untuk mangsa
My heart is hurting about the news coming out of Christchurch”
Sonny Bill Williams tidak dapat menahan sebak setelah terjadinya peristiwa ini. Hampir kelu lidah beliau dan dalam keadaan kaget itu, hanya mampu mengirimkan doa berulang kali buat mangsa yang terlibat serta kepada kaum keluarga supaya bersabar dengan ketentuan Ilahi.
My heart is hurting about the news coming out of Christchurch. Sending love & prayers to the effected families❤️? pic.twitter.com/7PX9wc56b8
— Sonny Bill Williams (@SonnyBWilliams) March 15, 2019
Reaksi Netizen
Netizen turut memberi respon yang sama bersama Sonny Bill Williams dan turut bersimpati akan tragedi ini.
Netizen seluruh dunia mendoakan semua mangsa yang terlibat dalam tragedi ini.
Kejadian yang ternyata memberi kesan kepada seluruh masyrakat dunia.
Dunia ternyata menangisi dan sudah pastinya tidak akan melupakan tragedi ini.
Tabung Derma Kilat
Menyedari akan tragedi yang menimpa penduduk New Zealand, Sonny Bill William mengambil inisiatif untuk mewujudkan tabung derma kilat bagi membantu keluarga mangsa.
Muslim Around The World (MATW) bekerjasama dengan Sonny Bill mewujudkan tabung derma kilat ini dan dilancarkan secara atas talian semalam. Thank you, brother!
Untuk mereka yang mahu menderma melalui platform MATW, boleh klik SINI
Kalau kita tidak mampu memberi sumbangan berbentuk wang ringgit, hanya doa dan ingatan sudah memadai untuk diberikan kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi ini. Semoga kesudahan yang baik diganjarkan kepada mangsa yang terlibat.