in

“Senang je rupanya” – Lelaki Ini Dedah Cara Mudah Buka Lolipop

2Lolipop

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai dalam kalangan kita pernah makan lolipop. Gula-gula bulat dengan batang plastik dengan pelbagai perisa kadang-kadang bila kita nampak di kedai serbaneka mampu mengimbau kenangan zaman kanak-kanak.

Namun, tahukah korang macam mana cara sebenar untuk membuka bungkusan lolipop?


Haa… ni min nak share dengan korang mengenai cara paling mudah untuk membuka bungkusan lolipop seperti yang dikongsi oleh @jordan_the_stallion.

Screenshot 2023 07 08 At 3.10.33 Pm

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh beliau, lelaki ini dengan mudahnya berjaya membuka bungkusan lolipop tanpa perlu mengopek simpulan dibawahnya.

Dalam video itu juga, beliau mengakui ramai yang struggle untuk membuka bungkusan lolipop.

Screenshot 2023 07 08 At 3.11.11 Pm

Menyedari akan hal itu, beliau menunjukkan cara paling mudah untuk membuka sebarang jenis lolipop dengan bungkusan simpulan pada batang plastik.

Cara yang sangat mudah itu adalah dengan memusing pada arah berlawan simpulan plastik dan dalam sekelip mata, lolipop itu telah berjaya dibuka dengan jayanya.

Cara ini juga terpakai untuk semua jenis lolipop seperti yang ditunjukkan dalam video dibawah. Korang tengok sendiri betapa senang dan teramat mudah untuk buka lolipop.

@jordan_the_stallion8

#stitch with @knowledgesaurus #fypシ

♬ original sound – Jordan_The_Stallion8

Baca: Aspartame, Bahan Utama Dalam Diet Coke Mungkin Boleh Meningkatkan Risiko Kanser

Screenshot 2023 07 08 At 3.16.54 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.