in

“Senang je ni” – Syarikat Ini Tawarkan RM6,168 Untuk Korang Tidur Siang Selama Sebulan

Feature 1 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidur pada waktu siang dikatakan boleh membantu kita untuk meningkatkan produktiviti sebab dapat mengurangkan rasa penat dan sekali gus membantu kita untuk relax seketika.


Untuk anda yang gemar tidur sekejap pada waktu siang, ada berita baik untuk semua sebab ada sebuah syarikat ni iaitu Eachnight.com nak bayar $1500 (kira-kira RM6,168) untuk anda tidur pada waktu siang!

Tidur 1
Gambar sekadar hiasan

Menurut CNN, syarikat ini menyediakan panduan untuk dapatkan tidur yang berkualiti dan perkhidmatan review tilam. Jadi, kali ini mereka sedang mencari pengulas tidur siang di mana mereka yang terpilih perlu tidur siang selama 30 hari. Katanya, program ini bertujuan untuk menguji teori di sebalik kebaikan dan keburukan tidur siang.

Namun, pengulas tidur juga perlu review kualiti tidur mereka. Yang menariknya, semua orang dari seluruh dunia boleh sertai program ini tapi korang perlu fasih dalam bahasa Inggeris. Kalau tak, macam mana nak share pengalaman tidur korang kan. 

Selain itu, menurut laman web syarikat ini, untuk memastikan setiap individu yang terpilih menyertai program ini faham arahan yang diberikan, mereka juga perlu video call dengan pihak penganjur sebelum dan selepas eksperimen tidur.

Tidur 2
Gambar sekadar hiasan

Lepas bangun tidur pula, peserta kena jawab soalan yang diberikan mengenai pengalaman tidur mereka. Difahamkan, peserta yang terpilih perlu menyertai eksperimen seperti kesan tidur siang kepada badan yang penat, kesan tidur siang kepada ingatan dan juga waktu terbaik untuk tidur siang. Kesemua ini akan berlangsung selama 30 hari.

Walau bagaimanapun, program ini hanya terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan penyertaan dibuka sehingga 31 Mei ini. So, kalau adik-adik yang masih sekolah nak join jugak, kena lah tunggu dua atau tiga tahun lagi ya. 

Sumber: CNN

Baca: Tidur Lebih 9 Jam Setiap Hari Tingkatkan Risiko Diserang Strok?

Tidur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.