in

“Senang je nak beramal” – 5 Cara Mudah Untuk Korang Buat Kebaikan Ramadan & Raya Ni!

collage 13

Ramadan merupakan bulan penuh keberkatan dan memberikan peluang untuk kita menggandakan amalan baik. Amalan kebaikan ini bukan je boleh memberi sesuatu makna kepada diri kita sendiri tetapi juga turut memberi manfaat kepada orang lain.

Kadang-kadang kita rasa nak buat kebaikan ni tak pasti nak mula dari mana. Tapi sebenarnya, benda ni tak susah langsung tau! Jom kita tengok 5 cara mudah yang korang boleh lakukan untuk sebar kebaikan sepanjang Ramadan dan raya ni.

1. Bersedekah kepada orang yang memerlukan

Sedekah

Bersedekah adalah satu amalan yang baik, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan. Tak kira jumlahnya, setiap sumbangan dapat membantu mereka yang memerlukan.

Selain wang, sedekah juga boleh diberikan dalam bentuk makanan, pakaian, atau pertolongan. Contohnya, jika ada lebihan makanan berbuka, korang boleh kongsi dengan jiran atau mereka yang kurang berkemampuan.

Banyak juga organisasi dan masjid yang menyediakan program bantuan Ramadan. Korang boleh menyumbang untuk membantu golongan yang memerlukan dan meringankan beban mereka.

2. Masak atau memberi makanan kepada orang berpuasa

Salah satu amalan yang sangat dianjurkan dalam bulan Ramadan adalah memberi makanan kepada mereka yang berpuasa. Ia bukan sahaja menggembirakan orang, tetapi juga dapat mengeratkan hubungan.

Jadi apa kata masa bulan puasa ni, korang masak hidangan berbuka untuk keluarga, kongsi makanan dengan rakan sekerja, atau beri juadah kepada penghantar makanan dan pekerja yang masih bertugas ketika waktu berbuka.

Jika ada rezeki lebih, sumbangkan kepada program berbuka puasa di masjid atau pusat kebajikan supaya lebih ramai dapat menikmati hidangan hasil daripada sumbangan kita.

3. Mengajak orang lain untuk berbuat baik

photo soup kitchen medic justin dr ming yu mi attending to client in pudu 1024x772 1

Kadang-kadang kita rasa kebaikan tak perlu dikongsi, tapi sebenarnya bila ajak orang lain, impaknya lebih besar.

Raya ini, cuba ajak keluarga atau kawan-kawan untuk beli makanan dan agihkan kepada gelandangan, atau kumpul dana bantu keluarga yang memerlukan.

Bila kita berkongsi niat baik, bukan sahaja lebih ramai yang dibantu, tapi kita juga boleh jadi inspirasi untuk orang lain berbuat kebaikan.

4. Berkongsi ilmu dan kata-kata positif

LM Gambar Hiasan 600 x 400 px copy

Ilmu yang bermanfaat merupakan kebaikan berterusan yang boleh kita berikan. Kalau ada pengetahuan berguna, kongsikan melalui media sosial atau perbualan harian.

Selain itu, kata-kata positif juga boleh beri semangat kepada orang lain. Kebaikan bukan sekadar bantuan material, perkongsian ilmu dan kata-kata yang baik juga sangat bermakna.

5. Gandakan kebaikan dengan Tropicana Twister

Tropicana Twister SocialPost 1x1 1

Bukan sahaja mudah untuk sebarkan kebaikan sepanjang Ramadan dan raya ni, Tropicana Twister juga ingin membantu menjadikan amalan baik korang lebih bermakna dengan kempen Gandakan Kebaikan Bersama Tropicana Twister!

Untuk pengetahuan korang, kempen ini akan berlangsung sehingga 30 April, jadi sepanjang tempoh ini, korang bukan je dapat membantu lebih ramai orang yang memerlukan tapi juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik tau!

Bagaimana Cara Nak Sertai?

2 side

  1. Jurnal kebaikan yang korang lakukan dalam chatbot khas di sini.
  2. Kumpul digital ‘Oranges’ – Setiap kali korang kongsikan kebaikan yang telah dilakukan, korang akan mendapat Oranges yang boleh digunakan untuk membantu lebih ramai golongan memerlukan.
  3. Semakin banyak Oranges yang dikumpul, semakin besar sumbangan yang akan diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Hadiah Menarik untuk Dimenangi!

4 4

Selain menggandakan kebaikan, korang juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik seperti:

  • Hadiah Utama x1 – Percutian ke Seoul, Korea untuk 2 orang bernilai RM15,000
  • Hadiah Kedua x2 – Peti sejuk bernilai RM6,000
  • Hadiah Ketiga x3 – Mesin basuh bernilai RM2,650
  • Hadiah Saguhati x1,000 – RM65 kredit Touch ‘n Go eWallet untuk dimenangi

Jom sebar kebaikan Ramadan & Raya ini

Dengan melakukan kebaikan, kita bukan sahaja memberi manfaat kepada orang lain, tetapi juga menjadikan dunia sekeliling lebih baik untuk semua. Mulakan dengan langkah kecil seperti bersedekah, membantu jiran, memberi makan kepada orang berpuasa, mengajak orang lain berbuat baik dan berkongsi ilmu.

Dengan Gandakan Kebaikan Bersama Tropicana Twister, setiap amalan baik yang korang lakukan akan membawa impak yang lebih besar kepada masyarakat. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk beramal dan memenangi hadiah menarik.

Jom jadikan Ramadan dan raya tahun ini lebih bermakna dengan menggandakan kebaikan!