in

“Semua terselamat” – Tak Ada Satu Al-Quran Dijilat Api Dalam Kejadian Masjid Terbakar

2Quran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, sebuah masjid di Taman Tasik Titiwangsa telah dilanda kebakaran. Kejadian kebakaran itu dipercayai diakibatkan oleh panahan petir yang terlampau kuat. Laporan Sinar Harian mengatakan kebakaran yang bermula dari bumbung masjid itu cepat merebak sehingga memusnahkan 90 peratus masjid.


Walaupun masjid terbakar sehingga 90 peratus, ada satu kejadian yang luar biasa berlaku dalam masjid selepas pihak forensik kebakaran menjalankan penyiasatan. Dalam sebuah video yang dimuatnaik oleh pengguna TikTok @damai_jawi ada menunjukkan bahagian dalam masjid selepas kebakaran tersebut. Korang boleh tengok video kat bawah ni.

@damai_jawi

Luarbiasa… Tiada satu pun Al Quran terbakar semasa kejadian kebakaran

♬ Tasbih Dzikir – IFTAH QULUBANA

Keadaan dalam masjid berkenaan memang sangat menyedihkan. Lantai dewan utama masjid menjadi hitam akibat diselubungi kerana insiden kebakaran itu. Namun, terdapat satu perkara yang luar biasa apabila rak al-Quran yang mengandungi beberapa naskhah kitab suci tersebut tidak dijilat api.

Naskah-naskhah al-Quran tersebut ditemui dalam keadaan baik walaupun keseluruhan tempat tersebut hampir musnah dijilat api.

Untuk rekod pihak Masjid Ibnu Sina di Taman Tasik Titiwangsa dilaporkan tidak sempat menunaikan solat sunat tarawih pertama apabila hampir 90 peratus ruangan masjid itu musnah dalam kebakaran kira-kira 7 malam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.10 malam, sebelum tiba di tempat kejadian 7 minit kemudian Keseluruhan api berjaya dipadamkan kira-kira jam 9.36 malam dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan berhubung insiden itu.

 

Baca: [VIDEO] Rumah Banjir Paras Air Naik Sampai Hidung Tapi Sejadah Masih Kering Tak Terusik

Screenshot 162

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.