in

“Semput sangat tu sampai terkeluar loghat nogori” – Dikejar Anjing Ketika Berbasikal, Bebelan Lelaki Ini Tarik Perhatian

Ft Anjing 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Aktiviti mengayuh basikal semakin popular dalam kalangan masyarakat, tak kira lah sebab ikut trend atau tidak. Tapi yang penting membawa manfaat kepada kesihatan.

Tapi biasalah aktiviti ni kan kira baru lagi, jadi macam-macam la ragam boleh kita tengok.


Menerusi video yang dikongsikan oleh @beritaseremban seorang pengayuh dikatakan meluahkan isi hatinya apabila dia melakukan aktiviti tersebut.

Dalam video yang berdurasi kurang daripada 2 minit itu, lelaki tersebut dikatakan ‘menasihati’ pemilik anjing untuk menjaga haiwan itu supaya tidak menyerang mereka sewenang-wenangnya.

Lahhh dah kenapa pula?

Acik nak posan ni ha. Tak kisah la duduk dokek taman perumahan ko dokek kilang-kilang ko, tolonglah nengok anjing ni samo-samo.

Kitorang tak takut dokek anjing-anjing ni semuo do. Tapi kalau kalau dah tibo-tibo koluar dari somak, mongolintau dek eh menyaguh!

Walaupun nasihat tersebut merupakan peringatan yang berguna namun rata-rata netizan terhibur dengan loghat lelaki itu.

Capture 1 4

Tak dinafikan loghat negeri sembilan ni memang kadang-kadang mencuit hati kalau didengar, walaupun marah tapi masih tak berkasar.

 

Tapi ada betulnya apa yang dikongsikan tu, harapnya pihak yang bela anjing tu ambil tindakanlah ya.

 

Baca : Jangan ada yang bawak kapal terbang! Lepas Viral Bawa Kereta, Viral Pula Kanak-Kanak Bawa Lori Treler Minyak!

Capture 5 14

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.