Penyanyi Marsha Milan mengambil keputusan menangguhkan pelancaran muzik video terbarunya berjudul Tangisan Seorang Pendosa yang sepatutnya dilancar pada Jumaat.
Tindakan itu diambil sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan peserta misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang kini ditahan tentera Israel ketika dalam perjalanan menuju ke Gaza, Palestin.
Menurut Marsha, buat masa ini yang lebih utama adalah semangat kebersamaan serta sokongan padu terhadap isu tersebut.
Artikel berkaitan: Thalita Menangis Ketika Marsha Nyanyi Lagu Hening Rindu, Shuib Tampil Perjelaskan Sebab
Artikel berkaitan: ADALAH Maklumkan Peserta GSF Yang Ditahan Tentera Isr*el Dinafikan Hak Guaman
View this post on Instagram
“Pada waktu ini marilah kita bersatu berdoa memohon keselamatan, kesihatan yang baik dan kelancaran untuk rakyat Malaysia serta rakan-rakan dalam Global Sumud Flotilla,” katanya.
Marsha mengajak orang ramai untuk bersama-sama berdoa agar keselamatan, kesihatan dan kelancaran menyebelahi rakyat Malaysia serta peserta Global Sumud Flotilla (GSF). Pengumuman itu dikongsikan penyanyi berkenaan menerusi Instagram pada Jumaat.
Difahamkan muzik video lagu Tangisan Seorang Pendosa itu akan dilancarkan di saluran YouTube Alternate Records & Talents pada jam 8 malam.
Dalam masa sama, Marsha turut menitipkan doa supaya semua tahanan berada dalam keadaan selamat dan dapat kembali ke pangkuan keluarga serta tanah air masing-masing.
“Semoga Allah melindungi, memberi kekuatan dan kembalikan mereka dengan selamat ke pangkuan keluarga serta tanah air,” katanya.
Terdahulu, sejak Khamis kecoh mengenai serangan tentera Israel terhadap kapal GSF ketika ia memasuki zon merah dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Sumber: Instagram