in

“Semoga berjaya semuanya” – [RASMI] Keputusan SPM 2019 Keluar 5 Mac Depan

Feature Spm 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dulu-dulu semasa lepas SPM, berdebar-debar kan tunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Hari ini, Kementerian Pelajaran Malaysia sudah mengumumkan tarikh 5 Mac iaitu Khamis minggu hadapan sebagai tarikh pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2019. Adik-adik okay ke tu?

Spm 4

Menurut laporan Harian Metro, semua pelajar tingkatan lima yang telah mengambil ujian ini pada tahun 2019 boleh mengambil keputusan masing-masing bermula jam 10 pagi di sekolah mereka.

Selain itu, kalau rasa lambat sangat sampai sekolah, pelajar juga boleh membuat semakan keputusan dengan menghantar SMS ke 15888 dan jangan lupa taip SPM dan jarak angka giliran masing-masing. Jangan letak angka giliran kawan sebelah pulak.

Pelajar juga boleh menggunakan portal Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk semak keputusan.

Untuk rekod, seramai 416,416 pelajar telah menduduki peperiksaan terpenting di peringkat sekolah menengah ini pada tahun 2019.

Lebih kurang 20 ribu daripada jumlah tersebut pula merupakan calon persendirian dan mereka boleh memilih sama ada mahu ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk mendapatkan keputusan SPM mereka atau keputusan tersebut akan dipos ke rumah masing-masing.

Manakala, 357,010 daripada mereka pula adalah calon sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

Jadi, dijangka ramai ni bakal pelajar cemerlang tahun ni. Kami ucapkan selamat maju jaya kepada batch SPM2019!

Baca: “Lain dari lain” – Buat ‘War Dance’ Lepas Habis SPM, Pelajar MTD Dapat Pujian Netizen 

Spm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.