in

“Sembunyi bawah kereta dalam ketakutan” – Amah 2 Tahun Did*ra Majikan, Tak Bagi Pulang & Kerja Tanpa Rehat

ft amah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain kebajikan tidak dijaga, seorang majikan tergamak memukul dan mendera secara fizikal dan mental seorang wanita warga Indonesia sejak 2 tahun lalu.

Tidak cukup dengan itu, gaji wanita yang bekerja sebagai amah berusia 56 tahun tersebut tidak pernah dibayar sejak dari tempoh itu.


Bagaimanapun, mangsa berjaya diselamatkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dalam satu serbuan di sebuah yang terletak di Batu Caves pada Isnin lalu.

Artikel berkaitan : Pempengaruh Nafi Hina Fizikal Pembantu Rumah, Tampil Beri Penjelasan Isu Video Tular Anak Jatuh

Artikel berkaitan : Anak & Ibu Cedera Gara-gara Pembantu Rumah Mengamuk Guna Parang

Ditemui bersembunyi bawah kenderaan, sebab dipaksa majikan

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, mangsa ditemui dalam keadaan ketakutan ketika sedang bersembunyi di bawah kenderaan pacuan 4 roda.

Screenshot 2025 11 26 170155

“Siasatan mendapati mangsa bertindak sedemikian atas arahan majikan bagi mengelak dikesan oleh pegawai operasi.”

Tambah beliau, operasi itu dijalankan oleh sepasukan pegawai dari Bahagian Pencegahan Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) serta Bahagian Pengubahan Wang Haram (AMLA) Ibu Pejabat JIM Putrajaya hasil maklumat yang diterima daripada sumber yang disulitkan.

“Mangsa dilaporkan telah bekerja sebagai pembantu rumah selama hampir 16 tahun tanpa memiliki sebarang Pas yang sah.”

“Berdasarkan pengakuan awal, mangsa hanya dijanjikan gaji sebanyak RM600 sebulan, namun tidak menerima sebarang bayaran gaji sejak dua tahun lalu.”

Screenshot 2025 11 26 170433

Zakaria berkata, mangsa berada dalam keadaan trauma kerana sering dimarahi dan pernah dipukul oleh majikan semasa dia diselamatkan.

“Selain itu, pasport milik mangsa tidak berada dalam simpanannya sepanjang tempoh bekerja, malah berdepan sekatan komunikasi apabila tidak dibenarkan memegang telefon bimbit, dilarang menghubungi dan pulang menemui keluarga.”

“Mangsa turut dipaksa bekerja tanpa waktu rehat hingga terpaksa mencuri masa untuk tidur.”

Menurutnya lagi, dalam operasi tersebut, seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun yang dipercayai majikannya telah ditahan.

00oQpbCd BULETIN TV3 13

“Lelaki itu mengaku mendapatkan khidmat mangsa melalui ahli keluarga terdekat.”

Beliau menambah, operasi menyelamat itu menggunakan pendekatan mengenal pasti mangsa pemerdagangan orang (buruh paksa) dalam kalangan golongan rentan berpandukan National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI) 2.0.

“JIM telah memulakan siasatan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670).”

Screenshot 2025 11 26 170921

Beliau turut menegaskan bahawa JIM memandang serius terhadap perkara seumpama ini dan akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap sesiapa yang didapati melakukan kesalahan pemerdagangan orang.

“Orang awam dinasihatkan agar terus menyalurkan maklumat berkenaan eksploitasi warga asing supaya tindakan segera dapat diambil dalam usaha membanteras jenayah ini.

“Sebarang aduan atau maklumat boleh disalurkan ke Bahagian Pencegahan ATIPSOM & AMLA di talian 03-8880 1471 atau e-mel ke urusetia_p@imi.gov.my,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Kosmo!
Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.