‘Sembah takziah’ – [TERKINI] Sultan Ismail Petra Mangkat

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Ayahanda Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V iaitu Sultan Ismail Petra mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Bharu pada jam 8.11 pagi tadi.

Menurut Sinar Harian, jenazah Al-Marhum Sultan Ismail Petra akan dibawa ke Istana Balai Besar untuk Istiadat Penghormatan terakhir.

Manakala Istiadat Pemakaman dijangka berlangsung selepas solat asar di Makam Diraja Langgar Kota Bharu.

Baginda berusia 70 tahun.

Almarhum menaiki takhta sebagai Sultan Kelantan pada 30 Mac 1979 sehingga 13 September 2010.

Baca: “Tuanku yang Islamkan kami sekampung” – Tok Batin Kongsi Memori Paling Indah Bersama Sultan Kedah

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sarah M. Khir

Suka makan dan pandai masak untuk laki dan anak kite je :) and peminat Ella yeahhh