Seperti yang semua sedia maklum, pemberian vaksin COVID 19 untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun menerusi Program Imunisasi COVID 19 Kanak-kanak (PICKids) akan bermula hari ini di Lembah Klang.
Sehingga setakat ini, sebanyak 517,107 orang kanak-kanak dilaporkan sudah mendaftar untuk menerima vaksin sejak Selasa lalu.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin juga dilihat turun padang bagi majlis pelancaran PICKids di Hospital Tunku Azizah (HTA) hari ini.
Majlis pelancaran #PICKids di Hospital Tunku Azizah oleh @Khairykj @DrNoorAzmi pic.twitter.com/QFqjDUzLKm
— Vaksin COVID-19 🇲🇾 (@JKJAVMY) February 3, 2022
“Saya sendiri telah buat tempahan untuk anak saya”
Sebelum ini, Khairy pernah terpalit dengan kontroversi yang menuduh beliau tidak mengambil vaksin selepas tular gambar memaparkan status vaksinasinya ‘sedang diproses’ di salah satu laman web kerajaan berkaitan vaksin.
Walaupun beliau sudah menepis dakwaan tersebut dengan mengatakan laman web berkenaan tidak dikemaskini, masih ada yang tidak percaya mengenai hal tersebut.
Oleh itu, Khairy menerusi ucapannya di majlis perasmian PICKids hari ini mendedahkan bahawa beliau sendiri sudah membuat tempahan PICKids buat anaknya yang kini berusia 6 tahun.
https://www.facebook.com/watch/?v=516119929801845&extid=NS-UNK-UNK-UNK-IOS_GK0T-GK1C&ref=sharing
Semalam saya sendiri telah membuat tempahan untuk anak saya,” katanya.
Beliau juga berharap ibu bapa lain juga dipermudahkan dalam urusan membuat tempahan bagi program PICKids ini.
Dalam pada itu, kerajaan juga pada masa yang sama tidak akan mengenakan sebarang sekatan kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun yang tidak mendapat vaksin COVID 19.
Menurut Menteri Kesihatan, golongan itu tidak akan disekat seperti golongan dewasa kerana PICKids adalah tidak wajib.
Bagi korang yang nak daftarkan anak-anak untuk PICKids, korang boleh lakukan ia di MySejahtera. Boleh rujuk artikel di bawah untuk maklumat lanjut.
Baca: Vaksinasi Kanak-kanak 5-11 Tahun Akan Bermula Esok, Ini Langkah-langkah Untuk Tempah Temujanji