“Semak je bridesmaid ni…” – Pengantin ‘Tenggelam’ Atas Pelamin Sebab Baju Bridesmaid Lagi Menyerlah, Tapi Sebenarnya…

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Beberapa hari lepas, viral dekat Twitter satu gambar pengantin perempuan dengan geng bridesmaids atas pelamin. Gambar tu menjadi topik hangat dekat media sosial disebabkan pemakaian bridesmaids yang dikatakan dah overshadow pengantin terbabit.

Bila bridesmaids overshadow pengantin, pengantin pulak dah macam pelamin.”

Ramai dekat Twitter persoal kenapa wanita tu benarkan bridesmaids dia pakai baju color terang macam warna merah sebab selalunya bridesmaids akan pakai baju warna soft or pastel.

Sumber: Twitter

Dress bridesmaids pun over, kain lagi kembang dari pengantinnya.”

“Tak nampak mana satu bride bila sekilas pandang.”

“Bila cakap pengantin dan macam pelamin, I baru sedar ada pengantin dekat situ. Tak nampak weh.”

“Kenapa benarkan bridesmaids pakai warna terang macam ni?”

“Pengantin dah buat salah benarkan bridesmaids pakai merah.”

Sumber: mStar

Namun, pengantin terbabit dah pun tampil bagi penjelasan dan cerita sebenar di sebalik pakaian pengantin dia tu. Menurut mStar, Syafika Kamsol Bahari, 23, berkata dia terkejut gambar kahwin tu viral sebab dah lama.

Terkejut sebab gambar tu masa saya dan suami kahwin pada Februari lalu. Sekarang ni saya dah mengandung hampir empat bulan.”

Kata Syafika dan suaminya, Muhammad Syahir Farith Abd Aziz, 24, pada asalnya mereka dan pilih warna pastel untuk bridesmaids dan groomsmen. Tapi disebabkan satu perkara yang tak dapat dielakkan, mereka terpaksa tukar last minute.

“Baju dulang girls warna pastel dah beli yang ready made, tapi kami terpaksa beli kain warna yang sama untuk baju Melayu dulang boys sebab ready made tak ada warna dan saiz yang sepadan.

“Jadi, kami tempah kain warna pastel untuk dulang boys. Walaupun dihantar agak awal, tapi kami tidak bernasib baik sebab baju Melayu masih tak siap sedangkan majlis perkahwinan nak dekat.”

Sumber: mStar

Oh macam tu ceritanya. Kesian pula dengar, kenapalah tukang jahit buat naya macam tu. Ish! Orang dah tempah siapkan lah ikut masa yang sepatutnya kan?

Baca: “Dalam ramai-ramai, sekor pun tak membantu!”-MUA Ini ‘Sound’ Bridesmaid Supaya Tak Buat Perangai Diva & Menyusahkan Pengantin.

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!