Kebiasaannya, majlis pernikahan akan memakan jumlah ratusan sehingga ribuan ringgit untuk menampung kos makanan dan hiasan majlis.
Namun, lain pula yang terjadi buat pasangan dari Indonesia ini yang bernikah hanya dengan mahar selipar Jepun dan air masak.
Yudi (40) dan isterinya, Helmi (20) memilih untuk bernikah secara sederhana dan tidak kisah dengan apa yang bakal dikatakan oleh orang luar.
Selesai sahaja proses ijab kabul, Yudi menyerahkan selipar Jepun dan air masak kepada isterinya Helmi sebagai mahar kahwin. Mudah dan jimat betul!
https://www.facebook.com/InaqIcokInges/videos/3060483584042940/
Bercerita tentang cara perkenalan mereka, mereka mula berkenalan di media sosial semasa Helmi bekerja di Arab Saudi, dan mereka memutuskan untuk bernikah selepas berjumpa di tanah air.
Jelas Helmi, dia tidak mahu menyusahkan suaminya dalam menyediakan mahar yang membebankan. Yudi sebelum ini pernah bernikah tiga kali sebelum bertemu dengan Helmi.
Kredit: Viva