in

“Selesa dan teratur je” – Ramai Kata Bazaar Ramadhan KL Suram, Tapi Bila Baca Review Ni Rasa Nak Pergi La Pulak!

Untitled Collage 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jalan Tunku Abdul Rahman, siapa je yang tak kenal?


Lokasi tumpuan golongan adik kakak ibu nenek marhaen mempeghabih duit membeli pelbagai jenis tudung dan kain aneka gaya — tak kira waktu.

Namun bermula tahun ini, semua peniaga tapak bazaar Ramadhan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid India dipindahkan ke sebuah lokasi baru iaitu Jalan Raja.

Ramai yang heboh kata tak best, peniaga tak ramai, peniaga boikot dan memberi pelbagai ulasan negatif lain.

Tapi ada seorang pengguna Facebook ni memberikan lima sebab kenapa tapak baru bazaar Ramadhan ni lebih bagus dari yang sebelumnya.

Jom baca!

Bazar 6

1. Bazaar yang tersusun, teratur dan selesa

Jika seumur hidup aku terpaksa teman mak, kawan, awek dan isteri ke Jalan TAR maka setiap tahun aku terpaksa menahan sabar, rimas dan bosan. Jalan TAR tu tak sesuai langsung jika kau nak bersantai membeli barang. Jika bawak anak kecil ke jalan TAR maknanya kau selfish.

Konon Bazaar Ramadan KL tahun ni tak meriah, tak akan sampai nak pengsan tak boleh bernafas baru kau nak rasa meriah. Berasak-asak sampai nak bernafas pun susah.

Tapak baru depan Dataran Merdeka ni lebih bagus. Kedai tersusun, kipas angin, lampu banyak dan paling penting bersih. Jika diletakkan portable air conditioner lagi bagus dan lebih selesa.

 

Bazar 5

2. Parkir kereta dan pengangkutan awam

Bossku kata kena boikot sebab tak ada pengangkutan awam. Anak orang kaya mana reti naik LRT.

Benda paling susah Bossku pernah buat dalam hidup adalah kayuh basikal dari Jalan Duta beli Nasi Lemak Tanglin. Kalau zaman dulu ada food panda jangan harap Bossku nak kayuh basikal.

Stesen LRT Masjid Jamek sebelah Dataran Merdeka je. Kalau kau Usain Bolt dalam 10 saat kau berlari dah sampai Dataran Merdeka.

Di bawah Padang Kelab Di Raja Selangor (Padang Dataran Merdeka) ada Parkir Kereta yang banyak dan murah. Jika dahulu di Jalan TAR harga yahudi, sekali masuk parking RM12 – RM15 tapi tadi aku kena RM6 sahaja.

 

Bazar 2

3. Berdekatan Jalan Masjid India & Jalan TAR

Membohong mak cik bawang semua kalau pergi Jalan TAR tapi tak singgah Semua House, Jalan Masjid India dan terus ke Jakel Mall. Tapak baru ni dekat je dengan kawasan lama sebenarnya.

Aku sentiasa hormat kekuatan stamina kaum wanita dalam kes tawaf kawasan ni semua. Stamina mereka seperti Anita Sarawak sedang perform di konsert, bak stamina kuda lumba.

 

Bazar 9

4. Kawasan riadah

Padang Kelab Di Raja Selangor (Padang Dataran Merdeka) menjadi kawasan santai dan riadah bagi ibu bapa yang membawa anak kecil.

Sementara si ibu membeli belah, si bapa santai melayan anak di padang sambil bermain dan berlari gembira. Kau tak akan boleh buat macam ni di Jalan TAR. Hilang anak kau nanti.

Ada juga yang berbuka puasa di padang dan kemudiannya bersolat di Masjid Jamek. Lepas solat terus sambung membeli-belah.

 

Bazar 7

5. Tiada kes tapak Ali Baba

Sebelum ini harga tapak Bazaar Ramadan KL adalah RM5K – RM15K kerana kes Ali Baba.

Sekarang peniaga hanya perlu bayar RM1K sahaja. Tiada lagi orang tengah berpengaruh ambil kesempatan terhadap peniaga kecil. Jadi marilah kita datang Bazaar Ramadan KL. 

 

Akhir sekali katanya, apa kata kita pergi dan support peniaga-peniaga kecil di sana. Bawa sekampung datang, barulah meriah!

Yang kata bazaar ni suram dan sendu tu, dah datang shopping ke?

 

Baca: Disebabkan Lokasi Roti Naan Cheese Meleleh Ni Agak Jauh, Ramai Netizen ‘Frust’

Rotijohncheese8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.