in

Selepas Pelbagai Kontroversi, J&J Akhirnya Hentikan Pengeluaran Bedak Bayi Bermula 2023

Jj Bedak Bayi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita semua sudah tahu, kulit bayi amat sensitif dan penggunaan produk seperti bedak atau losyen yang salah boleh mendatangkan keburukkan kepada bayi.


Baru-baru ini, syarikat produk kesihatan  J&J atau lebih dikenali sebagai Johnson and Johnson’s mengesahkan bahawa jualan produk ikonik mereka iaitu bedak talkum bayi akan dihentikan di seluruh dunia bermula tahun depan.

“Sebagai sebahagian daripada penilaian portfolio di seluruh dunia, kami membuat keputusan komersial untuk beralih kepada pengeluaran bedak bayi berasaskan tepung jagung.

Bedak bayi berasaskan tepung jagung sudah dijual di negara-negara di seluruh dunia,” katanya.

F 90165

Sebelum ini, penjualan produk tersebut telah dihentikan di Amerika Syarikat dan Kanada kerana kekurangan pemintaan berikutan ‘maklumat salah’ mengenai keselamatan bedak bayi itu.

Syarikat itu menghadapi kira-kira 38,000 saman daripada pengguna dan mereka yang terselamat mendakwa produk talkumnya menyebabkan kanser akibat kandungan asbestos yamg merupakan sejenis karsinogen.

Pun begitu, pihak J&J menafikan tuduhan tersebut tetapi masih memberhentikan pengeluaran produk itu selepas desakan pelbagai pihak.

Baca: “Orang risau, dia berpesta pulak” – [VIDEO] Abang ‘Lumur’  Adik Dengan Bedak Ketika Terkunci Dalam Kereta

Untitled Design 2022 05 17T120438.741

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.