in

“Orang risau, dia berpesta pulak”- [VIDEO] Abang ‘Lumur’ Adik Dengan Bedak Ketika Terkunci Dalam Kereta

Untitled Design 2022 05 17T120438.741

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai ibu bapa, apabila terjadinya sesuatu perkara yang melibatkan keselamatan anak-anak adalah perkara yang paling dirisaukan. Lebih-lebih lagi apabila perkara itu berada di luar kawalan.


Itulah yang terjadi kepada seorang ibu ini apabila dua orang anaknya, terkunci di dalam kereta tanpa pengawasan orang dewasa.

@asyaazainall

alhamdulillah selamat. laju abang bomba sampai ? habis satu botol bedak ? #fyp #RancakRaya #bomba

♬ Raya Raya Raya – DOLLA

Walaupun insiden tersebut kedengaran amat membimbangkan, tetapi apa yang berlaku kepada pengguna TikTok @asyaazainall ini mencuit hati netizen apabila kedua-dua anaknya tidak menangis atau berada dalam ketakutan.

Sebaliknya, kedua-dua kanak itu tenang bermain bedak. Difahamkan, abang yang terkurung dalam kereta itu menabur dan menghabiskan sebotol bedak yang ada di dalam kereta itu. Malah, abang itu juga melumurkan bedak itu kepada adiknya.

Dalam kapsyen video pendek itu, ibu kepada dua anak tersebut bersyukur semuanya selamat, dia juga memberitahu pihak bomba datang dengan sangat pantas untuk memberikan bantuan.

“Confuse ni nak gelak ke tak”

Setakat ini, video itu telah mendapat lebih sejuta tontonan dan lebih 800 komen, pastinya video tersebut mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen, rata-rata ramai yang terhibur tetapi ada juga yang merisaukan keadaan dua beradik itu.

Ttbudakbedak

Habis sebotol dik, feeling-feeling main salji agaknya !

Baca: “Biasalah budak ada mood dia” –  [VIDEO] Ramai Netizen Marah Kanak-kanak ‘Kacau’ Gambar Raya

Untitled Design 2022 05 17T120222.253

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.