in

Selepas Isteri, Anak Tiri CEO Cradle Fund Direman 7 Hari

Cradle Fun 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua orang anak tiri Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan.


Kedua-dua remaja lelaki yang berumur 14 dan 17 tahun itu ditahan reman selepas permohonan dibuat pada pagi Ahad.

Perintah pertahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Nor Ariffin Hisham di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Cradle Fun
Sumber: Astro Awani

Menurut laporan Astro Awani, perintah reman terhadap kedua-dua suspek dibenarkan selama tujuh hari bermula 9 hingga 15 September ini. Mereka ditahan di Taman Tun Dr Ismail pada 4 petang semalam.

14 Jun lepas, Nazrin ditemui maut dalam satu kebakaran di dalam biliknya di Mutiara Homes, Petaling Jaya.

Wife Cradle
Sumber: MySuara

Bertindak di atas penemuan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menemui kesan petrol di lokasi kebakaran, isteri mangsa dan bekas suaminya turut ditahan pada 4 September bagi membantu siasatan.

Isterinya mendakwa penemuan Jabatan Bomba itu tidak benar. Kes Nazrin kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Baca: Isteri Arwah CEO Cradle Fun Didakwa Terlibat Pembunuhan Suami

Fi Cradle

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.