in

“Selawat dalam hati” – [VIDEO] Doktor Dipuji Warganet, Sopan Layan Warga Asing Masa Cucuk Vaksin

Fi Doktor Cucuk Vaksin Baik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak akhir-akhir ni, banyak sangat isu seakan ‘double standard’ menjadi bualan rakyat Malaysia lebih-lebih lagi dalam isu pemberian vaksin. Perkara itu jadi buah mulut ramai sejak semalam, apabila tular sebuah video didakwa seorang petugas kesihatan ni bercakap kasar dengan seorang lelaki warga asing semasa nak beri suntikan vaksin.


Walaupun berniat nak rakam momen tersebut sebagai kenangan, siapa sangka lelaki warga asing ini malah ‘disindir’ oleh petugas kesihatan di sebuah PPV.

Susulan dari kejadian tersebut, ia mula menjadi bualan hangat di media sosial terhadap cara layanan oleh petugas-petugas kesihatan ni kepada mana-mana warga asing yang hendak terima suntikan vaksin.

Petugas Kasar Dengan Warga Asing 1

 

Doktor siap suruh selawat

Pun begitu, nyata tak semua petugas kesihatan ni yang bertindak kasar dengan warga asing yang datang di PPV.

Sebuah video mula menjadi perhatian ramai susulan kejadian tersebut, di mana ia menunjukkan tindakan seorang doktor lelaki ini yang sangat berlemah lembut dengan lelaki warga asing yang datang nak terima suntikan vaksin.

Menerusi perkongsian oleh @belalhosnan di TikTok, dia dilihat ingin merakam saat bermakna tersebut sambil dibantu oleh petugas berkenaan.

Doktor Cucuk Vaksin Baik 1

Namun apa yang menjadi perhatian, cara frontliner tersebut yang sangat berlemah lembut dan siap bagitahu cara perlu dilakukan sebelum diberi suntikan vaksin. Bukan tu saja, doktor tu juga siap melayan pertanyaan lelaki dikenali sebagai Hossain itu sama ada rakaman dah mula atau tak.

Lebih mendapat pujian, apabila doktor tu juga suruh Hossain untuk berselawat sewaktu nak dicucuk. Lalu dia turut menjelaskan dengan lebih lanjut, tentang langkah seterusnya kepada Hossain itu.

@belalhosnan

The doctor’s use is much better ❤️❤️ alhamdulillah ? 1st dos vaccine completed#tikTok #malaysia

♬ original sound – ??✴️Md.Belal Hossain✴️?? – ??✴️Md.Belal Hossain✴️??

 

“Doktor nie baik sangat”

Di ruangan komen, nyata tindakan oleh doktor lelaki tersebut mendapat pujian oleh warganet yang melihat video tersebut. Ada yang menyatakan bahawa doktor berkenaan memang baik dengan patient yang lain sebab pernah diberi vaksin oleh dia juga.

Selain itu juga ada menyuarakan pendapat, yang isu layanan baik atau tak ni tidak berkait dengan jantina tapi lebih kepada perangai seseorang itu sendiri.

Reak Doktor Cucuk Vaksin Baik 1 Edit Reak Doktor Cucuk Vaksin Baik 2 Edit Reak Doktor Cucuk Vaksin Baik 3 Edit Reak Doktor Cucuk Vaksin Baik 4 Edit

Nampak kan, walaupun sorang buat salah tak bererti yang lain pun sama tau. Kita pun jangan lupa, layan mereka ni dengan baik juga okay.

 

Baca : “Ckp elok2 kn boleh?” – Netizen Kecewa Cara Petugas Kesihatan Layan Warga Asing Masa Suntik Vaksin

Fi Petugas Kasar Dengan Warga Asing

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.