Bagi setiap pasangan yang mempunyai cahaya mata, semestinya kegembiraan dan keselesaan seseorang anak itu menjadi keutamaan.
Bila tibanya hari ulang tahun, majlis, kek lazat, serta hadiah banyak pula menjadi suasana kebiasaan dilihat. Namun tak semua ibu bapa mampu berbuat sebegitu.
Sambut hari jadi dengan ‘kek’ pisang
Walau bagaimanapun baru-baru ini tular di media sosial apabila sebuah video menunjukkan kanak-kanak perempuan menyambut hari jadinya dan meniup lilin pada ‘kek’ nya.

Tetapi apa yang memilukan adalah, ‘kek’ disebut itu bukan lah seperti kek-kek selalu kita lihat di mana-mana majlis ulang tahun. Ia sebenarnya adalah dua biji buah pisang beserta sebiji limau yang dihias di atas satu periuk bersama lilin.
Dengan wajah ceria serta memakai gaun yang cantik, kanak-kanak tersebut dilihat turut bertepuk tangan apabila ibu bapanya menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuknya.

Macam tiada apa berlaku, kanak-kanak tersebut dilihat terus bermain lepas selesai meniup lilin pada ‘kek’ tersebut.
Posting tersebut dimuat naik di akaun Instagram @warung_jurnalis, dan pada ruangan kapsyen menyatakan bahawa ibu bapa anak kecil tersebut sudah tidak bekerja. Jadinya sebab itu jugalah mereka tak dapat nak sediakan kek sebenar untuk anak mereka.
“Si cantik pandai bersyukur”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai netizen yang turut menyampai ucapan hari lahir kepada anak kecil tersebut selain ada yang turut berhasrat untuk memberi hadiah kepadanya.



Bagus adik ni, kecil lagi dah pandai untuk bersyukur.