Kalau kita keluarkan ais krim daripada peti sejuk walaupun sekejap je, mesti ia akan cepat-cepat cair kan. Lebih-lebih lagi kalau cuaca panas macam kat Malaysia ni. Baru nak nganga mulut, dah hilang aiskrimnya sebab cair.
Namun, sebuah syarikat makanan di China ini pula telah mencetuskan kekecohan apabila pihak mereka menghasilkan ais krim yang tak cair walaupun berada di luar peti sejuk!
Menurut Oddity Central, syarikat berkenaan iaitu Zhongxuegao telah menyebabkan netizen negara itu tertanya-tanya adakah ia selamat untuk dimakan selepas ada gambar aiskrim tersebut diletakkan di luar peti sejuk dan ada termometer di sebelahnya yang menunjukkan suhu 31 darjah celcius tular di media sosial.
Gambar tersebut kemudiannya telah memberi inspirasi kepada netizen lain untuk buat eksperimen dan tengok sendiri bahawa aiskrim jenama itu tidak cair meskipun ada yang guna api untuk cuba mencairkannya.
Hanya bahagian luar aiskrim itu sahaja yang hangus namun ia tetap tak cair.
Pihak syarikat itu kemudiannya tampil menjelaskan perkara sebenar bahawa aiskrim itu selamat dimakan walaupun lambat cair sebab mereka telah menggunakan ‘agen kelikatan’ yang boleh menghalang aiskrim itu daripada cair dengan mudah.
Difahamkan, proses pembuatan aiskrim itu tetap mematuhi standard keselamatan makanan negara itu.
Aiskrim yang tak cair ini bukanlah yang kali pertama dibuat di dunia, sebab pada 2017, sebuah syarikat Jepun juga ada menghasilkan produk makanan yang sama, lapor Business Insider.
Aiskrim tersebut lambat cair sebab ia mengandungi Polyphenols daripada ekstrak strawberi istimewa yang menyebabkan ais krim tersebut kekal keras.
Min rasa aiskrim ni sesuai dijual kat Malaysia, sebab cuaca kita kan panas. Barulah tak cepat cair kan.
Sumber: Oddity Central
Baca: Disangka Jual Aiskrim Cair, Wanita Sebak Bila Tahu Kandungan Sebenarnya…