in

“Selamat bertugas Cik” -[VIDEO] Nak Jadi Polis Bila Besar, Ramai Kagum Dengan Budak Ini

Ft Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap kanak-kanak pasti ada simpan impian yang besar untuk menjadi seorang yang berguna bila besar nanti. Ada yang nak jadi pegawai polis, ada yang nak jadi bomba dan sebagainya. Macam min dulu nak jadi angkasawan tapi tak jadi, hehe.


“Siap ‘tuck in’ baju”

Sama dengan kisah kalini. Dalam perkongsian @muhammadraissarip, dia telah memuat naik video di akaun Tiktoknya yang menunjukkan seorang budak lelaki berpakaian segak sedang berborak dengan anggota polis di kedai makan.

@muhammadraissarip

Adik nie kalo jumpa kami.. komfom dia akan berhenti tanya kabar. Cita2 bila dah besar nk jadi Peg Polis.. Abam doakn yg terbaik untuk adik ok ???

♬ original sound – Muhammad Rais Sarip – Muhammad Rais Sarip

Muhammad Rais atau Rais yang merupakan salah seorang anggota polis tengah lepak dengan rakan-rakan polisnya di sebuah restoran. Tiba-tiba, budak lelaki terbabit datang menyapa mereka dengan penuh hormat dan bersemangat.

Menurut Rais, budak lelaki tersebut akan datang kepada mereka bertanya khabar setiap kali mereka berjumpa atau terserempak. Tengok pakaian dia, smart je.

“Nak jadi polis bila dah besar”

Katanya lagi, budak itu memberitahu bahawa ayahnya merupakan seorang askar suatu ketika dulu dan dia bercita-cita untuk menjadi seorang pegawai polis. Sewaktu ingin pulang, dia memberikan tabik hormat pada anggota polis. Salute kat kau dik!

Aksi budak lelaki itu telah mencuri tumpuan netizen di media sosial. Video yang dimuat naik oleh Rais telah mendapat hampir setengah juta tontonan di TIktok. Rata-rata netizen kagum dengan adik ni dan mendoakan supaya dia dapat menjadi seorang pegawai polis suatu hari nanti.

Komen Budak

Rais juga tidak lepaskan peluang mendoakan yang terbaik untik adik ni.

Kecil-kecil dah bersemangat, mesti dah besar dia akan jadi seorang polis yang ada pangkat tinggi,kan!

Baca: “Nampak lagi muda” – Viral Foto Kim Jong Un Kurus Netizen Terkejut Perubahan Pemimpin Korea Utara

Kim Jong Un Kurus Netizen Terkejut E1631853910999

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.