in

“Selalu sporting” – Ini 5 Momen Menarik YDPA & Permaisuri Agong Sepanjang 5 Tahun Memimpin Negara

Collage 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika menyampaikan titah pada Majlis Jamuan Negara sempena tamat pemerintahan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 pada Sabtu lalu (27 Januari 2024), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempat menitiskan air mata kerana sebak dan turut berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia kerana sudi menerima kehadiran Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.


Agong 2 1

Saya akan berangkat pulang ke Pahang
 dengan satu perasaan yang sedih dan gembira dan bersyukur kerana amanah ini telah saya laksanakan dengan sepenuh kudrat keupayaan dan keikhlasan hati saya.

“Persoalan sama ada saya berjaya ataupun
 tidak bukanlah saya untuk membuat penilaian diri sendiri. Biarlah helaian sejarah yang menjadi bukti.”

Esok, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan berangkat pulang ke Pahang sebelum Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari nanti.

Jadi sempena tamat pemerintahan YDPA ini, jom kita throwback balik momen-momen menarik yang  berlaku sepanjang pemerintahan baginda dan Permaisuri Agong selama lima tahun ini.

1. Pertama kali dalam sejarah, YDP Agong interview 222 MP

7Bf0C828 8Cc1 4Fb9 B839 0D06A9091Aa2

Selepas Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7 pada 24 Februari 2020 yang lalu, Yang di-Pertuan Agong telah mengadakan pertemuan secara bersemuka dengan seramai 222 Ahli Parlimen bagi menentukan siapa yang akan dilantik untuk menjadi Perdana Menteri ke-8.

Kalau korang nak tahu, interview yang diadakan ini merupakan peristiwa pertama yang pernah berlaku dalam sejarah Malaysia dan ia dibuat mengikut peruntukan dalam Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang mana Yang di-Pertuan Agong berhak memilih PM daripada ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mendapat sokongan majoriti.

Kemudian pada 28 Februari, YDPA berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Kelapan.

Artikel berkaitan: “Ini pertama kali berlaku” – YDP Agong Cipta Sejarah, Akan ‘Interview’ 222 MP Dalam Masa 2 Hari Untuk Putuskan Siapa PM Ke 8

2. Tak ambil bayaran Emolumen Diraja selama enam bulan

Ketika wabak Covid-19 menular pada tahun 2020, ramai rakyat yang terjejas ekoran ekonomi negara yang teruk semasa Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan. Disebabkan ini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan agar kerajaan tidak perlu membayar emolumen Diraja kepada Seri Paduka Berdua selama enam bulan.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, baginda berdua mahu menyalurkan wang tersebut kepada orang yang lebih memerlukan serta meringankan beban kerajaan semasa menghadapi wabak Covid-19.

Tak cukup dengan itu, semasa hari ke-3 Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, YDPA turut mencemar duli dengan memandu kenderaan di sekitar Kuala Lumpur bagi meninjau keadaan dan turut serta bersama pasukan polis yang membuat sekatan perjalanan di sekitar Kuala Lumpur untuk melihat sendiri operasi dijalankan serta memberi nasihat kepada rakyat untuk mematuhi arahan kerajaan untuk kekal duduk di rumah.

Artikel berkaitan: “Truly a king” – YDP Agong & Raja Permaisuri Berkenan Tidak Dibayar Emolumen Diraja Selama 6 Bulan

3. Agong viral bonceng motor ketika melawat kawasan banjir di Pahang

Situasi banjir di Pahang yang buruk pada tahun 2021 lalu telah menarik perhatian Yang di-Pertuan Agong untuk turun padang menziarah kawasan yang dilanda bencana.

Ketika lawatan ini, tular satu video menunjukkan baginda telah membonceng motosikal yang ditunggang oleh rakyat biasa semasa berada di Kampung Binjai, Lipis.

Dalam video tersebut dapat dilihat baginda menyantuni rakyat jelata dan turut memberikan sedikit sumbangan kepada satu keluarga yang terkesan.

Selesai memberikan bantuan, YDP Agong dilihat selamba membonceng motosikal yang dibawa oleh rakyat biasa untuk menziarah ke kawasan lain. Ni baru betul, bukan beshe-beshe!

Artikel berkaitan: “Baru betoi lesen agong!” – Viral Video YDP Agong Bonceng Motor Rakyat, Netizen Tak Dapat Bayang Perasaan Abang Moto Bawa Penumpang VVIP

4. Satu-satunya Agong yang memerintah negara dengan 4 orang PM

Agong 660X452 1

Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut mencipta sejarah apabila baginda merupakan satu-satunya Agong yang memerintah negara dengan empat Perdana Menteri dan empat Jemaah Menteri yang berlainan.

Ketika menyampaikan ‘Titah Diraja’ sempena merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15, baginda telah menceritakan bagaimana baginda telah melalui pelbagai peristiwa dan pengalaman sepanjang memegang jawatan sebagai Ketua Negara.

Beta bermula dengan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ke-7, cerita sikit… namun pada 24 Februari 2020, buat pertama kalinya beta dibawa ke kancah gelanggang kemelut politik tanah air menerusi dengan peletakan jawatan Perdana Menteri ke-7.”

Baginda juga menceritakan bagaimana beliau melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM ke 8 yang seterusnya meletakan jawatan pada 16 Ogos 2021.

Perkara yang sama juga berlaku kepada PM ke-9 , Datuk Seri Ismail Sabri yang kemudian membubarkan parlimen pada 10 Oktober 2022.

Baginda kemudian terpaksa menggalas satu lagi amanah berat apabila terjadinya Parlimen tergantung akibat jumlah kerusi yang tidak mencukupi dimiliki oleh parti-parti politik yang bertanding bagi membentuk kerajaan.

Namun setelah mengambil pendekatan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan, baginda akhirnya melantik PM ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 November 2022.

Harapan YDP Agong untuk melihat Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri terakhir untuk baginda sebelum pulang ke negeri Pahang Darul Makmur nampaknya telah pun terlaksana.

Artikel berkaitan: “Beta satu-satunya Yang di-Pertuan Agong merintah negara dengan 4 orang PM” – YDP Agong

5. Kembara Kenali Borneo

Kembara Borneo Ydpa 10 Bm 630X389 1

Tahun lalu, rakyat-rakyat di Borneo dapat mendekati sendiri pasangan diraja YDP Agong dan Raja Permaisuri Agong apabila baginda berdua telah mencemar dulu mengembara ke kawasan-kawasan setempat dengan memandu kenderaan sendiri di sana.

Sepanjang kembara tersebut, baginda telah mendengar sendiri suara rakyat Sabah terutamanya yang membabitkan kemajuan malah Tunku Azizah turut mencatit segala permasalahan yang diuatarakan.

Ketika bercakap mengenai pengembaraannya ini, Al Sultan Abdullah turut kongsikan kisah lucu sepanjang kembara ini dengan mengatakan bahawa baginda telah dipanggil dengan pelbagai nama termasuklah ‘pakcik Agong, ‘abang Agong’ dan ada juga yang panggil ‘gong, gong, gong’. Malah menurut baginda, ada juga rakyat yang memanggil Tunku Azizah sebagai ‘Datin Permaisuri’.

Semasa Kembara Kenali Borneo ini juga, YDP Agong dan Raja Permaisuri Agong turut menyantuni adik Missclyen di Sarawak yang dilahirkan tanpa memiliki lubang hidung dan menghidap sindrom Congenital Generalised Hypertrichosis (CGH) atau lazimnya dipanggil sindrom Werewolf yang menyebabkan kawasan wajah dan badannya dipenuhi dengan bulu yang lebat.

376895001 846153993626670 8143685226558074505 N 1273X1536 1.Jpg

Malah, Tunku Azizah turut berkenan untuk mengambil kanak-kanak bernama Missclyen sebagai anak angkat dan mahu memberikan peluang terbaik kepada anak istimewa ini termasuk pendidikan dan kesejahteraan dengan menanggung perbelanjaan bagi mengubat penyakit sindrom Werewolf yang dihadapinya serta memberikan perbelanjaan bagi penggunaan persekolahan kanak-kanak itu.

Artikel berkaitan: Raja Permaisuri Agong Ambil Anak Istimewa Hidap Sindrom Werewolf Di Sarawak Sebagai Anak Angkat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.