Sikap salah seorang selebriti yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF), Zizi Kirana didedahkan oleh Pengasas Cinta Salam Malaysia (CSM), Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman.
Dalam satu hantaran yang dikongsikan oleh Musa di Instagramnya, beliau menggambarkan sosok Zizi yang diibaratkan sebagai kakak buat mereka yang bersama-sama dalam perjuagan GSF.
Dalam hantarannya, Musa mengucapkan terima kasih kepada Zizi yang sentiasa mengambil berat setiap anggota yang menyertai pelayaran membawa bantuan kemanusiaan itu.
Artikel berkaitan: “Walaupun satu kapal dengan…” – Aktivis Sumud Flotilla Perancis Kagum Dengan Toleransi Sukarelawan Malaysia
Artikel berkaitan: “Mr General ikut sekali ke?” – Hantaran Kolaborasi Malique & Zizi Kirana Jadi Tumpuan Netizen
“Dia yang paling cakna dengan semua ahli misi. Apa-apa, dialah yang akan mesej saya. Dia itu tak okay, tuan Musa tolong tanyakan khabar.
“Dia tak sihat. Tuan Musa tolong ejaskan doktor. Ada orang dalam G perlukan bantuan, tuan Musa boleh bantu tengokkan?
“Terima kasih kak Zizi sebab ajar kami mengenai kasih sayang yang tidak pernah berkira,” tulisnya.
Dalam kesempatan itu juga, Musa mendoakan agar penyanyi lagu Eh! itu diberi kesejahteraan.
Beliau turut menambah, Zizi bukan sahaja peka dengan keperluan rakan, malah sering meletakkan kepentingan orang mengatasi dirinya.
“Moga Allah kurniakan kesihatan, keberkatan dan ganjaran berlipat ganda atas setiap pengorbanan dan doa yang kakak titipkan buat kami semua,” tulisnya.
View this post on Instagram
Perkongsian itu telah meraih perhatian netizen yang turut mengagumi keprihatinan dan keberanian penyanyi itu.
Sekadar info, difahamkan ketika ini kesemua peserta telah memasuki zon kuning iaitu kawasan berisiko sebelum memasuki perairan Gaza.
Sumber: Instagram