in

“Selagi tak bayar, tak halal!” – Pemilik Kedai Dikecam Kerana ‘Berkira’ Dengan Pelanggan

Featured 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tugas sebagai seorang peniaga bukanlah hanya sekadar menjual, tetapi mereka perlu sentiasa berhati-hati dengan kata-kata serta perwatakan mereka. Ini kerana setiap yang mereka lakukan pasti sedikit sebanyak memberi impak kepada pelanggan. Kebanyakannya, pelanggan tidak akan datang ke kedai yang sama sekiranya mereka tidak pandai melayan pelanggan, walaupun makanan yang dijual murah dan sedap. Yassss!


Seperti kisah yang tular baru-baru ini, ianya seakan-akan sama, di mana peniaga ini meluahkan perasaan di Facebooknya kerana tidak puas hati apabila ada seorang pelanggannya tidak mahu membayar air yang dibelinya. Menurut peniaga berkenaan, dia mendakwa bahawa pelanggannya itu enggan membayar teh ais dengan memberi alasan tidak mempunyai wang kecil.

Photo 2018 02 04 11 45 58
sumber: facebook

Kata peniaga itu lagi, pelanggan tersebut akan datang semula selepas selesai mengisi minyak motor tetapi tidak muncul-muncul. Dia juga tidak akan menghalalkan apa yang diambil oleh pelanggan itu selagi dia tidak bayar.

Photo 2018 02 04 11 54 25
sumber: facebook

Namun perkongsiannya itu mendapat kritikan dan cemuhan teruk daripada netizen. Ini kerana, bagi netizen perkara seperti ini tidak perlu diceritakan kerana seakan-akan membuka aib pembeli serta aibnya sendiri. Netizen juga mempersoalkan mengapa peniaga ini terlalu berkira sedangkan pelanggannya itu hanya membeli sebungkus teh ais.

“Kakak kedekut! Anggap jelah belanja air tu sebagai tetamu datang rumah. Aduhh, air je pun. Tak luar modal pun lah”

“Makcik, dia dah cakap kan tak ada duit kecil, dia pergi hantar anak sambil pergi cari duit kecil lah tu.. Acah-acah teh ais tu harga ribu-ribu sampai nak kata macam-macam”

Photo 2018 02 04 11 45 51
sumber: facebook
Photo 2018 02 04 11 45 48
sumber: facebook

Kemudian muncul teman kepada pelanggan yang dituduh itu. Dia menjelaskan perkara sebenar, di mana kawannya hanya lewat setengah jam selepas menghantar anaknya ke sekolah. Dia juga perlu mencari wang kecil kerana pemilik kedai itu tidak mempunyai wang yang mencukupi.

Photo 2018 02 04 11 45 39
sumber: facebook

Tidak lama selepas itu, peniaga berkenaan mengeluarkan kenyataan baru, di mana dia tidak kisah apa orang lain mahu kata kerana apa yang diceritakan itu adalah tentang haknya sebagai peniaga.

Photo 2018 02 04 11 45 54
sumber: facebook

Pelanggan tu bayar kan.. Bukannya tak bayar…

Baca: Peniaga Marah Bila Tanya Harga Tapi Tak Beli? Ini 7 HAK PENGGUNA Semua Kena Tahu!

Photo 2018 02 04 13 01 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.