in

“Sekurang-kurangnya saya bagi mereka pendekatan bahasa ibunda kita” – Vivy Yusof Buka Mulut Pasal Isu BM

Vivy4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai yang mempertikaikan Vivy Yusof semenjak dia melancarkan #themalaychallenge yang dilabelkan sebagai ‘poyo’ di mata netizen.

Itu disebabkan kerana dirinya sendiri merupakan bangsa melayu tulen, bagi netizen cabaran itu boleh diterima pakai jika orang bukan bangsa melayu melancarkannya.


Disebabkan itu, Vivy tampil ‘buka mulut’ untuk menjelaskan matlamat dan tujuan sebenar dia melancarkan cabaran tu.

 

“Sekurang-kurangnya saya bagi mereka pendekatan bahasa ibunda kita” – Vivy Yusof

Menurut Vivy, dia menjelaskan cabaran itu mendapat sambutan daripada segelintir rakyat Malaysia daripada berlainan bangsa.

Tambah Vivy lagi, ramai yang rasa insecure dengan penggunaan bahasa mereka, tidak kira bahasa melayu ataupun bahasa inggeris, katanya ramai orang gelakkan mereka bila mereka cuba cakap. Itu sebab lah dia buat #themalaychallenge tu.

Untuk pengetahuan tujuan cabaran itu adalah untuk memartabatkan bahasa melayu formal selama sehari bagi mendekatkan kita dengan bahasa ibunda.

Bagi Vivy lagi, dengan adanya cabaran itu dia dapat membantu mereka yang kurang fasih bahasa melayu ni dekat dengan bahasa ibunda kita.

https://www.instagram.com/p/B12kgCOAeVu/

Dalam perkongsianya di Intagram, Vivy ada muat naik beberapa video berkenaan dengan sambutan #themalaychallenge dari berbilang kaum.

Ramai penyokong Vivy memberikan kata-kata semangat kepadanya. Ohh begitu tujuan dia, baru tahu.

 

Baca : “Sumpah poyo, acah” – Netizen Menyampah Vivy Yusof Buat Challenge Cuba Cakap BM, Padahal Bangsa Melayu

Vivy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.