Bukan mudah untuk memulakan perniagaan, lebih-lebih lagi untuk orang biasa macam kita yang tak ada nama atau pengikut pun.
Tambahan lagi bila perlu bersaing dengan jenama yang dimiliki oleh orang yang terkenal atau selebriti.
Mungkin kerana ini, seorang usahawan dan pemilik jenama Sekuntom baru-baru ini telah meluahkan kekecewaannya melalui Twitter apabila nama dan konsepnya seakan-akan hampir sama dengan jenama baru yang bakal dikeluarkan oleh Instafamous Sharifah Rose.
Menurut usahawan ini, nama yang digunakan oleh jenama Sharifah Rose memang sama dengan jenamanya dan hanya tukar ejaan sahaja. Tak cukup dengan itu, logo mereka pun dilihat seakan-akan sama menggunakan tiga kelopak bunga.
https://twitter.com/ladsheer/status/1494314210905694211
Untuk pengetahuan korang, Sharifah Rose yang baru mahu menempa nama sebagai pelakon ini ada memuat naik di Instagram tentang perniagaan barunya yang diberi nama Sekuntum.
https://www.instagram.com/p/CaEZ0A9JdAz/?utm_source=ig_embed&ig_rid=940ce0e6-2328-4c22-ae32-ad73252f7731
Menjengah ke ruangan komen ciapan yang telah mendapat lebih 4 ribu ulang kicau ini, rata-rata netizen telah mempersoalkan tindakan pelakon ini dan turut meminta penjelasan darinya.
Pun begitu, setakat artikel ini ditulis, Sharifah Rose masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai dakwaan ini.
Maybe dia terfikir nak letak sekuntum sebab nama dia ada kena-mengena dengan bunga kot? Ke cane ek? Apa-apa pun kita tunggu je lah penjelasan dari pihak Sharifah Rose sendiri.