in

Sekumpulan Pelajar Dirempuh Lori Ketika Melintas Jalan di Depan Sekolah

Speeding Lorry Gruesomely Runs Over Group Of Children Crossing The Road World Of Buzz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Sekumpulan Pelajar Dirempuh Lori Ketika Melintas Jalan di Depan Sekolah
Loading
/

Baru-baru ini, satu rakaman CCTV bertarikh 24 Mac mendedahkan kemalangan ngeri membabitkan lori merempuh sekumpulan pelajar yang sedang melintas jalan.


Menurut satu status yang dimuat naik di Facebook, kemalangan tersebut dipercayai berlaku di Gulin, daerah GuangXi, China.

Berdasarkan rakaman itu, dua pengawal keselamatan dilihat menjaga trafik dengan meletakkan kon di kedua-dua arah berdekatan garisan melintas untuk memberhentikan kereta yang menghampiri kawasan itu.

Selepas kon diletakkan, kanak-kanak sekolah itu mula melintas jalan mengikuti garisan melintas itu.

A1 1
sumber: facebook

Secara tiba-tiba, sebuah lori yang mempunyai kanvas berwarna hijau menutupi bahagian  belakang dipandu laju ke arah kanak-kanak itu semua dan merempuh mereka. Pelajar itu semua dalam ketakutan dan berlari mengelak daripada lori tersebut.

A2
sumber: facebook

Namun malangnya, beberapa pelajar tidak sempat mengelak dan tidak sempat diselamatkan oleh pengawal itu menyebabkan mereka digilis lori. Mangsa-mangsa kemudian dilihat terbaring di atas jalan dan tidak bergerak.

A3
sumber: facebook
A4
sumber: facebook
A5
sumber: facebook

Rakaman itu turut mendedahkan bahawa lampu brek lori tersebut aktif sebelum merempuh kanak-kanak berkenaan. Kesan tayar turut kelihatan di atas jalan raya kerana brek secara tiba-tiba.

Sebaik sahaja insiden berlaku, pemandu itu menyembunyikan diri di dalam trak menyebabkan orang ramai untuk bertindak sendiri menghukumnya.

Ramai lelaki yang sedang dalam kemarahan didengari menjerit:

Keluar sekarang! Keluar daripada trak ini!”

Beberapa lelaki memanjat trak berkenaan dan cuba menariknya selepas pemandu itu enggan keluar ketika dipanggil.

A6
sumber: facebook

Pihak polis cuba menutup pintu untuk melindungi pemandu berkenaan namun gagal disebabkan mereka kekurangan anggota. Kemudian, seorang lelaki berjaya memasuki lori dan mula memukul pemandu tersebut.

Walaubagaimanapun, bilangan kanak-kanak yang tercedera atau maut tidak dinyatakan.

Tonton rakaman CCTV yang mengejutkan orang ramai di bawah ini:

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.