in

Sekolah Tahfiz Malaysia Di Gaza Dibedil, Lebih 20 Orang Tempatan Cedera

Sekolah Malaysia Di Palestin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah lebih sebulan Palestin diserang oleh rejim Israel dan setakat hari ini difahamkan kematian yang dicatatkan sudah melebihi 10,000 orang.

Terbaru, Sekolah tahfiz Malaysia yang dibiayai Aman Palestin diserang dan dibom malam tadi, mencederakan lebih 20 rakyat Palestin yang berlindung di dalam bangunan tersebut.


Artikel berkaitan: Menara Tertinggi Di Utara Gaza Sumbangan Kelantan Musnah Dibedil Rejim Israel

Artikel berkaitan: “Salam kirim rakyat Malaysia” –  Pengerusi Muslim Care Malaysia Kekal Tenang Meskipun Cedera Di Kepala

Menurut laporan New Straits Times, CEO Aman Palestin, Ustaz Awang berkata sekolah yang terletak di Kem Nusairat, Gaza, berfungsi sebagai institusi pendidikan untuk kanak-kanak di sana sebelum bermulanya serangan pada 7 Oktober.

Susulan serangan tersebut, sekolah itu diubah menjadi tempat perlindungan bagi kira-kira 4,000 penduduk Gaza, mereka mencari perlindungan di sana kerana serangan tanpa henti yang dilakukan oleh tentera Israel.

“Kejadian malam tadi membabitkan pencerobohan kawasan luar sekolah oleh tentera zionis, membawa kepada konfrontasi dengan pasukan pembebasan Palestin yang menentang pencerobohan itu.

Tentera Israel melepaskan tembakan rambang dan terkena penduduk Gaza yang berlindung di sekolah Malaysia.

Akibatnya, lebih 20 orang cedera akibat tembakan yang dilepaskan oleh penjajah Israel. Mangsa yang cedera dibawa ke hospital berdekatan, Hospital Syahid Al-Aqsa, di Dir Balah,” katanya.

Namun begitu, di sebalik keadaan itu, beliau merakamkan rasa syukur kerana sekolah itu mengalami kerosakan yang minimum dan kekal dalam keadaan baik.

Ustaz Awang kemudiannya menegaskan bahawa individu yang mencari perlindungan di sekolah Malaysia akan terus menetap di sana.

Sumber: New Straits Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.