in

“Sekiranya saya pencen tanpa selesaikan, that will be my failure” – Pengarah JSJ Masih Belum Tutup Kes Zayn Rayyan

Ft Pengarah Jsj Zayn Rayyan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biarpun sudah beberapa ketika kes ini tidak menjadi sebutan, pihak polis sebenarnya masih giat menjalankan siasatan mengenai kes kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin dan sehingga kini kes itu tidak pernah ditutup.


Kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain, siasatan masih aktif dan pihaknya sentiasa mencari petunjuk baharu.

Artikel berkaitan : Polis Tak Klasifikasi Kes Zayn Rayyan NFA, Walau Tiada Petunjuk Baharu

Artikel berkaitan : “Saya tak maafkan. Berdoa pelaku hidup tidak tenteram setiap saat” –  Bapa Zayn Rayyan

“Seperti yang selalu saya katakan, kita tak pernah tutup mana-mana kes, kes ini menantikan petunjuk baru, namun malang sekali, selepas ganjaran ditawarkan pun kami tidak menerima petunjuk baru.”

“Saya faham masyarakat tak puas hati dengan perkembangan kes ini, tetapi macam saya sebut kita tak pernah lupa kes itu dan itu adalah hutang saya kepada masyarakat.”

Screenshot 2024 05 09 121430

Tambahnya, secara peribadi, beliau sendiri masih harapkan ada sinar dalam kes pembunuhan adik Zayn Rayyan dan sekali gus mahu tangkap pelakunya.

Jelasnya lagi, adalah satu kegagalan buat dirinya seandainya ia tidak dapat selesaikan kes ini seandainya dia pencen nanti.

“Sekiranya saya pencen tanpa selesaikan kes itu, ‘that will be my failure. We have tried our best and exhausted all avenues and yet we still short.”

“Secara peribadi, saya ambil itu (kegagalan) sebagai sebagai kegagalan saya, namun saya tidak akan berputus asa. Saya berharap masih ada sinar untuk kes ini.”

Zayn Rayyan

“Kehadiran ramai orang ketika kejadian itu di lokasi utama jenayah berlaku, berkemungkinan memusnahkan bukti-bukti yang ada. Tetapi kita tak salahkan mereka kerana mereka hanya berniat untuk membantu, bukan memusnahkan bukti.”

Pada 5 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang di Damansara Damai, Kuala Lumpur sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokan harinya.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.