in

“Saya hanya saman Ali Puteh” – Nor Hidayah Akhirnya Buka Mulut Jelaskan Dakwaan Saman Terhadap Ibu Mentua

Dd 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Persengketaan antara Ali Puteh dan balu kepada arwah Abam Bocey, Nor Hidayah sehingga ke hari ini masih belum menemui titik noktah.


Pada minggu lalu, Ali Puteh menfailkan saman terhadap Nor Hidayah atas pengakuannya mengeluarkan wang berjumlah RM10,000 dari akaun arwah Abam dan dimasukkan ke dalam akaun anak mereka, Syed Uthman Hamzah Al Juffrey.

D 4

Tindakan saman ini juga didakwa oleh Ali Puteh sebagai respon kepada saman yang difailkan terlebih dahulu oleh pihak Nor Hidayah kepada keluarga Ali Puteh pada Mei lalu.

Walau bagaimanapun, peguam yang mewakili Nor Hidayah dari Tetuan Ibrahim & Fuaadah, Mohamed Ibrahim Mohamad menjelaskan tindakan saman itu bermula apabila Ali Puteh yang dikatakan telah mengeluar beberapa kenyataan yang menurut Hidayah berunsur fitnah terhadapnya.

“Kes ini telah difailkan sekitar Mei lalu, dan baru-baru ini Ali memfailkan satu lagi saman terhadap Hidayah. Tindakan saman yang dikeluarkan Ali turut bersama ibu, bapa dan kakak. Ini adalah tindakan yang berasingan yang dimulakan oleh kedua-dua belah pihak”

D1 3

 

Konflik saman-menyaman ini juga dijelaskan oleh pihak defendan (pihak Hidayah) bahawa mereka hanya menfailkan saman terhadap Ali Puteh.

“Walau bagaimanapun, baru-baru ini ada usaha untuk menggabungkan dua tindakan tersebut. Kami ingin menjelaskan di sini bahawa kami tidak menyaman ibu”

D3 1

 

Tuntutan faraid tiada kaitan dengan isu saman-menyaman

Dalam pada itu, menerusi kes berkaitan di mahkamah syariah yang membabitkan hak penjagaan anak dan faraid, peguam Hidayah dari Fadhlina Siddiq & Associates, Fadhlina Datuk Siddiq menjelaskan tuntutan yang dibuat tiada kaitan dengan isu saman-menyaman.

“Kes pertama berkaitan faraid, tidak timbul isu saman kepada mana-mana pihak melainkan untuk mengesahkan saja siapakah waris yang berhak”

“Kes kedua adalah berkaitan hak penjagaan anak yang mana prosiding itu dimulai dengan saman kerana memberi ruang keadilan kepada semua pihak untuk hadir ke mahkamah demi menjaga kebajikan cucu atau anak kepada arwah”

Segala kemelut yang berlaku di antara Ali Puteh dan Nor Hidayah itu dinasihatkan oleh pihak peguam agar tiada sebarang kenyataan yang tidak benar dikeluarkan.

Ini kerana proses prosiding di mahkamah sudah pun bermula dan biarlah undang-undang yang menetapkan keputusan kes, lapor Harian Metro.

 

Baca: “Mungkin inilah yang Allah SWT nak tunjuk” – Ali Puteh Saman Balik Kakak Ipar, Hidayah Mengaku Ambil RM10,000 Dari Akaun Abam

D2 3

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Xtra

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.