Baru-baru ini viral di media sosial, kisah seorang lelaki di Sabah yang ‘dihalang’ menguruskan jenazah bayinya yang baru lahir.
Lebih sedih lagi jenazah bayi tersebut dinafikan haknya untuk dikebumikan di tanah perkuburan kawasan kampung tempat mereka tinggal.
AKU CINTAKAN AGAMA DAN AKU CINTAKAN NEGARABapa saya berbangsa Kadazan murut muslim, ibu saya pula berbangsa Sungai….
Posted by Abam Botak on Monday, January 13, 2020
Lelaki yang menggunakan nama Abam Botak di facebook itu ketika menceritakan kejadian tersebut berasa cukup terkesan dengan layanan yang diterima lelaki kematian anak tersebut.
Sudahlah anak meninggal, masyarakat pula memberi ‘layanan’ sebegitu.
Hanya kerana mereka tidak memiliki dokumen dan sumber kewangan yang mencukupi, dinafikan hak bayi untuk dikuburkan?
Allah tak tanya, apa negaramu dan apa negaranya tapi Allah akan tanya kita, apakah kita sudah jalankan tanggungjawab sebagai muslim
Innalillah hi wainna ilaihi rajiun…