in

“Sekadar bergurau” – Lelaki Nafi Cari Kucing ‘Adopt’ Untuk Bagi Ular Belaan Makan

Nafi Bela Ular Lepas Tular Bagi Makan Kucing

Semalam, telah tular satu isu membabitkan seorang individu yang didakwa mengaku telah mengambil kucing secara percuma yang diiklankan di media sosial untuk dijadikan makanan buat haiwan peliharaannya iaitu seekor ular bernama Helga.

Susulan tularnya isu berkenaan, individu tersebut telah menerima kecaman hebat netizen yang merasakan perkara tersebut sebagai sesuatu yang kejam dan melaporkan hal berkenaan kepada pihak bertanggungjawab.

Kucing Makanan Ular 080223

JPV sudah terima aduan 

Menurut FMT, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telah mengesahkan yang mereka telah menerima aduan berhubung isu tersebut.

Ketua Pengarah JPV, Dr Akma Ngah Hamid dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima aduan itu dan telah dipanjangkan ke Seksyen Kebajikan Haiwan.

Saya ambil maklum. Aduan juga diterima melalui emel jabatan dan dipanjangkan ke Seksyen Kebajikan Haiwan. Sekiranya ada aduan melibatkan kebajikan haiwan, mohon membuat aduan terus melalui sistem MyAnimalWelfare,” katanya.

“Sekadar untuk bergurau sahaja” 

Walau bagaimanapun, awal pagi ini, netizen di Twitter mendedahkan bahawa individu tersebut didakwa telah membuat laporan polis berhubung isu ini dan mengatakan tweet yang tular baru-baru ini hanya sekadar gurauan semata-mata.

Menerusi laporan polis berkenaan, dia menjelaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkannya sekadar untuk bergurau dan menafikan bahawa dia ada membela ular seperti yang tular sebelum ini.

Adopt Kucing

Pun begitu, kesahihan di sebalik laporan polis berkenaan belum dapat dipastikan dan rata-rata netizen juga masih menunggu kenyataan penuh daripada pihak berkuasa berkenaan isu ini.

Jika benar ia sekadar gurauan sahaja tak apalah, tetapi kalau betul-betul terjadi boleh dikenakan denda dan penjara tau atas sebab menzalimi haiwan. 

Baca: Individu Dikecam Netizen Kerana Cuba ‘Adopt’ Kucing Untuk Jadikan Makanan Ular

Adopt Kucing Untuk Ular 1

Sumber: FMT
Sumber: Twitter