in

“SEJAK lahir Yusuf belum minum setitik susu, saya sebagai ibu gagal menjaga Yusuf.”- Bayi Usia 3 Hari Ditinggalkan Dengan Sekeping Nota

Featured 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kejadian yang berlaku di Kampung Pompod, Kota Belud Sabah semalam cukup untuk menitiskan airmata sesiapa sahaja yang melihatnya.


Seorang bayi lelaki berusia 3 hari yang hanya berbalut kain ditinggalkan bersama sekeping nota dikerusi berhampiran tangga kediaman seorang wanita berusia 33 tahun, lapor Harian Metro.

Perkara tersebut disedari wanita itu selepas terdengar tangisan bayi tersebut kira-kira pukul 5.30pagi.

Pengadu mendakwa, dia dan ibunya terdengar tangisan bayi sebelum keluar untuk memeriksa keadaan di luar rumah. Mereka menemui bayi terbabit dengan sekeping nota yang ditujukan kepadanya.” – Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Mohd Zaidi Abdullah

Supritendan Mohd Zaidi berkata nota tersebut meminta wanita terbabit untuk menjaga bayi itu selain memaklumkan yang bayi lelaki tersebut lahir pada 29 Jun 2019.

Korang baca sendiri nota yang ditinggalkan bersama bayi tersebut.

65421335 148185149661240 6038777267180535808 N
Nota yang ditinggalkan bersama bayi tersebut

“Saya minta maaf, saya tinggalkan Yusuf dirumah puan. Saya cuma mau hidup Yusuf jauh lebih baik keranan saya percaya puan boleh jaga Yusuf. Yusuf lahir kelmarin 19 Jun. Sejak Yusuf lahir, Yusuf belum minum satu titik susu kerana air susu puting saya tidak keluar.”

“Saya minta tolong puan bagilah Yusuf susu. Saya tidak mampu beli pampers, beli susu dan hantar Yusuf untuk vaksin. Jagalah Yusuf macam anak puan. Saya ikhlas titipkan Yusuf untuk keluarga puan. Saya merayu…biarlah Yusuf tinggal dengan puan. Saya sebagai ibu gagal menjaga Yusuf. Hari ini subuh ini Yusuf dahaga sangat.”

Semoga Allah membalas kebaikan keluarga puan.

Supritendan Mohd Zaidi berkata bayi ketika dijumpai berada dalam keadaaan sihat dan tiada kecederaan ditemui pada tubuh badan bayi tersebut.

Malah pengadu wanita tersebut juga memaklumkan yang dia tidak mengetahui mana-mana saudara terdekat atau penduduk kampung yang baru melahirkan bayi.

65737340 148181956328226 5062907448524800 N

65387357 148185169661238 3905409785113083904 N
Sumber : facebook

Katanya lagi pengadu dan bayi tersebut akan dihantar ke Hospital Kota Belud bagi menjalani ujian DNA untuk mengenalpasti hubungan mereka.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan atas kesalahan membuang bayi dan jika bersalah boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Malah beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut untuk tambil bagi membantu siasatan polis.

Untuk rekod, pengadu yang bekerja sebagai kerani itu tampil membuat laporan polis kira-kira pukul 8.57 pagi dan turut membawa bayi beserta nota yang dipercayai dari ibu kandung bayi tersebut.

Baca : Balik kerja nampak anak sudah tak bernyawa, muka kebiruan- Bayi Berusia 1 Bulan Mati Lemas Tertiarap, Bapa Nyenyak Tidur Di Ruang Tamu

Bapa Bayi

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.