in

“Saya nak minta maaf utk apa?” – Dikatakan Riak Taknak Tolong Orang Susah, DSV Kata Boleh Beri Bantuan Tapi…

Ft Dsvputih

Viral di media sosial sejak beberapa hari lepas tentang kenyataan yang keluar daripada mulut jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida tentang memberi bantuan kepada yang memerlukan. Berdasarkan video yang dimuat naik oleh usahawan itu di TikTok, dia dikatakan tidak sensitif ketika singgah di gerai seorang pemuda di sebuah kawasan perumahan.

Melalui video terbabit, DSV menyifatkan individu atau pihak yang mengangkat bendera putih ini kurang berusaha dan malas mencari pendapatan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Janganlah guna alasan PKP, pendapatan terjejas, nak beli pampers anak tak boleh. Usaha, jangan duk malas harap bantuan bendera putih je.”

@datoserividaofficial

Reply to @azierarizqin TIPS2. ATAS DIRI SENDIRI..NAK MAJU KENA ADA USAHA..#fyp #viral #pkp #malaysia #datoserivida

♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUT – QU PUTEH BARULAH PUT

 

“Saya nak minta maaf untuk apa?”

Ketika dihubungi Harian Metro, DSV yang sedar dirinya kini menjadi buah mulut dan dikecam ramai netizen dek kerana kenyataannya itu berkata tiada keperluan untuk meminta maaf kerana dia tidak bermaksud untuk menghalang bantuan bagi mereka yang memerlukan.

Saya nak minta maaf untuk apa? Netizen sebenarnya banyak buat tafsiran sendiri. Banyak komen-komen yang menghentam saya. Ada yang kata saya kaya tapi riak tak nak tolong orang dan macam-macam lagi.”

Maksud saya, kita boleh beri bantuan kepada mereka ini. Namun, dalam masa sama mereka kenalah buat sesuatu daripada mengharap bantuan semata-mata.”

@datoserividaofficial

Reply to @ikhmaldasman4 FIKIR FIKIRKAN LA…BILA NIAT BAIK DITERBALIKKAN.. #fyp #datoserivida #viral #bantuan #covidー19 #malaysia

♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUT – QU PUTEH BARULAH PUT

 

Pandangan dari sudut orang berniaga

Meskipun dia dimaklumkan bahawa bantuan itu bersifat sementara sehingga PKP selesai namun bagi DSV dia berpendapat sebaliknya.

Katanya lagi, pandangan yang diberikan seperti di dalam video TikTok itu adalah berdasarkan sudut orang berniaga. Menurutnya, mereka yang dibuang kerja ini boleh cuba perniagaan kecil-kecilan seperti bukan gerai depan rumah atau perniagaan yang tidak memerlukan modal.

Habis takkan mereka nak duduk saja? Cakap-cakap saya serba tak kena dan orang main hentam walaupun saya buat penjelasan sebenar.”

Pada saya, mereka kena buat kerja seperti mula berniaga walaupun tanpa modal. Jangan hanya mengharapkan bantuan. Ikutkan ada juga orang yang susah tapi dia tak angkat bendera putih.”

Pandangan saya ialah dari sudut orang berniaga di mana mereka yang diberhentikan kerja pasti ada duit. Mengapa tak ambil sedikit untuk buat modal berniaga?”

Putih1

Itu yang saya maksudkan. Ada juga jenis perniagaan di mana orang boleh buat ‘dropship’ tanpa modal. Tapi, nak cakap apa pun mereka dah tak peduli dan nak juga kecam.”

Fikirkan kalau sekiranya bantuan berupa sumbangan makanan, jadi sewa rumah, bil elektrik dan air siapa nak bayar? Sampai bila nak terus begini? Saya maksudkan, mereka boleh berniaga sampai habis PKP dan selepas itu kembali bekerja seperti biasa.”

Apa-apa pun, waktu getir macam sekarang ni janganlah kita berbalah sesama kita. Jom fokus pada yang lebih penting iaitu hulurkan bantuan buat mereka yang perlu.

Baca: “Sampai bila orang akan bantu you” – DSV Jawab Kecaman Netizen Isu Bendera Putih

Dsv5